Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460165
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZolkepeli Harun
dc.contributor.authorMuhammad Harith Othman (P96041)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:40:24Z-
dc.date.available2023-09-13T09:40:24Z-
dc.date.issued2021-02-03
dc.identifier.otherukmvital:125937
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460165-
dc.descriptionKemahiran kebolehkerjaan didefinisikan sebagai satu kemahiran yang dapat meningkatkan keupayaan seseorang graduan dalam mendapatkan dan mengekalkan sesuatu pekerjaan. Graduan lepasan kolej vokasional (KV) antara graduan bidang kemahiran yang perlu menguasai setiap kemahiran yang diperlukan oleh setiap majikan supaya lebih bersedia dalam menghadapi cabaran dan persaingan untuk mendapatkan pekerjaan. Kemahiran kebolehkerjaan juga menjamin kehidupan bekerja melalui sistem pengurusan dengan lebih baik dan dapat membantu dalam meningkatkan kualiti bekerja. Tahap kemahiran graduan KV perlu seimbang dengan mempunyai kedua-dua kemahiran yang diperlukan oleh majikan iaitu kemahiran akademik dan kemahiran kebolehkerjaan. Kajian ini dijalankan untuk meninjau hubungan tahap kemahiran kebolehkerjaan pelajar On-The Job Training (OJT) KV dengan tahap pencapaian akademik. Pemboleh ubah tidak bersandar di dalam kajian ini merupakan latar belakang demografi terpilih seperti bidang kursus yang dipelajari dan pencapaian akademik. Terdapat tiga kategori pencapaian akademik iaitu Purata Nilai Gred Kumulatif Kursus Umum (PNGKU), Purata Nilai Gred Kumulatif Kursus Vokasional (PNGKV) dan Purata Nilai Gred Kumulatif Keseluruhan (PNGKK). Kaedah yang digunakan merupakan kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama yang terkandung dua dimensi tahap kemahiran kebolehkerjaan iaitu tahap pengurusan masa dan tahap daya tahan. Sampel kajian terdiri dari 315 orang pelajar dari bidang teknologi di tujuh buah KV di Negeri Sembilan dan negeri Melaka. Sampel ini terdiri dari tujuh bidang kursus teknologi iaitu teknologi automotif, kimpalan, pemesinan industri, penyejukan dan penyamanan udara, elektrik, elektronik dan pembinaan. Hasil kajian mendapati bahawa interpretasi skor min menunjukkan tahap bagi dimensi pengurusan masa, daya tahan dan pemboleh ubah tahap kemahiran kebolehkerjaan pelajar OJT KV adalah tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan terdapatnya perbezaan tahap kemahiran kebolehkerjaan pelajar OJT mengikut jantina dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengikut bidang kursus yang terlibat di dalam kajian ini. Hasil ujian Korelasi Pearson terhadap ketiga-tiga jenis pencapaian akademik PNGKU, PNGKV dan PNGKK menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kemahiran kebolehkerjaan pelajar dengan pencapaian akademik pelajar OJT KV. Kesimpulannya, untuk berjaya dalam persaingan mendapatkan pekerjaan, setiap graduan KV bukan hanya perlu cemerlang di bidang akademik malah perlu seimbang dengan mempunyai kemahiran kebolehkerjaan supaya lebih memberikan peluang dalam mendapatkan pekerjaan dan dapat mengekalkan pekerjaan yang sedang diceburi.,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectGraduan -- Kemahiran
dc.subjectGraduan -- Kolej vokasional
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleHubungan tahap kemahiran kebolehkerjaan pelajar on-the job training kolej vokasional dengan pencapaian akademik
dc.typetheses
dc.format.pages149
dc.identifier.barcode006374(2021)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125937+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.67 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.