Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460162
Title: | Pembinaan instrumen minda usahawan pelajar matrikulasi menggunakan Model Rasch |
Authors: | Amal Harun (P101201) |
Supervisor: | Norasmah Othman, Prof. Dr. |
Keywords: | Usahawan Model Rasch Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 11-Oct-2021 |
Description: | Kajian ini bertujuan membina Instrumen Minda Usahawan bagi mengukur minda usahawan pelajar matrikulasi. Minda usahawan perlu diukur kerana ia menjadi indikator pengupayaan modal insan untuk lebih berjaya sebagaimana usahawan yang menempuhi cabaran. Pembangunan instrumen berpandukan Model Gregory dibahagikan kepada tiga fasa iaitu analisis keperluan, pembangunan dan pengesahan. Fasa pertama analisis keperluan telah mengenal pasti enam konstruk mengukur minda usahawan iaitu kemahiran membuat keputusan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran mengenal pasti peluang, keberanian mengambil risiko, kreatif inovatif dan kemahiran bekerja dalam pasukan. Fasa kedua melibatkan reka bentuk di mana item-item dijana berpandukan Model Timmons. Kesahan kandungan diperolehi melalui semakan pakar terhadap 71 item menggunakan teknik Fuzzy Delphi. Fasa ketiga melibatkan kajian kesahan muka, kajian rintis dan kajian sebenar. Pada peringkat kajian rintis, 66 item diuji kepada 455 orang pelajar matrikulasi. 10 item digugurkan, tetapi lapan item dimasukkan kembali setelah ditukar kepada pernyataan positif. Pada kajian sebenar, 63 item diuji kepada 680 orang pelajar matrikulasi yang dipilih menggunakan teknik pensampelan kluster. Sebanyak 54 item didapati memenuhi ciri psikometrik berpandukan model pengukuran Rasch. 54 item tersebut telah mematuhi aspek kesahan konstruk seperti kesesuaian item, polariti, unidimensionaliti dan kebebasan setempat. Aspek kebolehpercayaan dilaporkan mempunyai indeks kebolehpercayaan dan indeks pengasingan yang baik bagi item. Kalibrasi skala menunjukkan skala Likert empat mata sangat sesuai bagi Instrumen Minda Usahawan. Pemetaan item-individu pula mendapati instrumen ini masih kekurangan item sukar dan perlu ditambah dalam kajian lanjutan. Pengukuran minda usahawan dalam kalangan pelajar matrikulasi dijangka memberi maklumat dan manfaat dalam merangka program matrikulasi serta strategi pengajaran bagi abad-21. Kajian ini turut memberi implikasi terhadap perluasan konteks Model Timmons daripada pembangunan perusahaan kepada pembangunan modal insan melalui pendidikan.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 201 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125773+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.43 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.