Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460159
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFaridah Yunus, Dr.-
dc.contributor.authorFarah Munirah Roslan Johari (P84548)-
dc.date.accessioned2023-09-13T09:40:13Z-
dc.date.available2023-09-13T09:40:13Z-
dc.date.issued2021-10-01-
dc.identifier.otherukmvital:125770-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460159-
dc.descriptionTeknik yang diamalkan oleh guru-guru dalam sesi pengajaran adalah penting dalam perkembangan praliterasi Bahasa Inggeris kanak-kanak. Oleh itu, guru-guru perlu melaksanakan pengajaran praliterasi Bahasa Inggeris yang sesuai dan efektif bagi memastikan kanak-kanak memperoleh kemahiran praliterasi Bahasa Inggeris yang diperlukan. Kajian kes ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan pengajaran praliterasi Bahasa Inggeris di tadika dengan berpandukan empat objektif utama kajian iaitu i) mengenalpasti kemahiran praliterasi Bahasa Inggeris kanak-kanak yang difokuskan oleh guru semasa melaksanakan pengajaran praliterasi Bahasa Inggeris, ii) mengenalpasti teknik pengajaran yang digunakan oleh guru, iii) mengenalpasti bahan mengajar yang digunakan oleh guru, dan iv) mengenalpasti perbezaan pengajaran praliterasi Bahasa Inggeris antara guru-guru yang terlibat. Seramai tiga orang guru daripada tiga jenis tadika iaitu tadika kerajaan, swasta dan perbadanan bukan kerajaan yang terletak di suatu kawasan subbandar di daerah Hulu Langat telah terlibat sebagai peserta kajian. Persampelan bertujuan telah diaplikasikan di dalam kajian ini berdasarkan tiga faktor iaitu i) tadika yang dipilih adalah daripada tadika yang berlainan jenis, ii) kurikulum tadika berasaskan subjek, dan iii) tadika yang dipilih terletak di kawasan subbandar. Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, didapati bahawa guru kurang memberi fokus kepada beberapa kategori kemahiran praliterasi Bahasa Inggeris iaitu i) diskriminasi visual, ii) diskriminasi auditori, iii) kesedaran fonemik, iv) pemahaman membaca. Dapatan kajian juga mendapati bahawa guru-guru lebih cenderung untuk memberi fokus kepada kemahiran menulis dan konsep cetakan. Didapati juga guru hanya menggunakan teknik pengajaran umum dan tidak menggunakan teknik pengajaran pakar semasa mengajar praliterasi Bahasa Inggeris. Berdasarkan pemerhatian, teknik pengajaran yang selalu digunakan oleh guru ialah teknik pengajaran: i) mendengar, ii) menempatkan orang, iii) bertanya, dan iv) memberitahu dan mengarah. Kebanyakan guru juga menggunakan bahan mengajar yang lebih cenderung kepada yang bersifat abstrak berbanding konkrit. Selain itu, ia didiapati bahawa guru-guru lebih cenderung untuk menggunakan buku latihan dan kertas lembaran kerja semasa aktiviti di dalam kelas. Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak banyak perbezaan antara pengajaran guru-guru dari segi fokus kemahiran, teknik pengajaran dan bahan mengajar yang digunakan. Walaupun terdapat perbezaan dari cara guru mengaplikasikan teknik pengajaran tersebut; namun, jenis teknik pengajaran yang digunakan adalah lebih kurang sama. Hasil kajian tidak boleh digeneralisasikan pada tahap ini tetapi penemuan ini dapat menggambarkan keperluan untuk memberikan latihan profesional yang sesuai kepada guru-guru tadika. Sampel yang lebih besar bagi kajian masa hadapan adalah kritikal untuk memahami dengan lebih lanjut tentang praktis pengajaran guru-guru tadika di Malaysia.,Sarjana Pendidikan-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectBahasa Inggeris -- Pengajaran dan pembelajaran-
dc.subjectTadika-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePelaksanaan pengajaran praliterasi Bahasa Inggeris di tadika : satu kajian kes-
dc.typetheses-
dc.format.pages288-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pelaksanaan pengajaran praliterasi Bahasa Inggeris di tadika.PDF
  Restricted Access
4.36 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.