Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460158
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHarun Baharudin, Dr.
dc.contributor.authorFatin Hamimah Rosli (P101221)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:40:11Z-
dc.date.available2023-09-13T09:40:11Z-
dc.date.issued2021-10-04
dc.identifier.otherukmvital:125769
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460158-
dc.descriptionBi’ah lughawiyyah merupakan aspek yang penting untuk mempelajari sesuatu bahasa terutamanya bahasa asing. Sistem pendidikan di Malaysia menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa asing dan telah dipelajari oleh pelajar bermula di peringkat sekolah rendah lagi.Justeru itu, bi’ah lughawiyyah dalam kajian ini adalah melalui komponen psikososial iaitu elemen kesepaduan pelajar, sokongan guru, penglibatan pelajar, sikap pelajar berorientasikan tugasan, kerjasama antara pelajar dan layanan adil guru. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap bi’ah lughawiyyah dalam kalangan pelajar dan keterlibatan mereka dalam menggunakan bahasa Arab. Malah, kajian ini juga melihat hubungan dan sumbangan bi’ah lughawiyyah terhadap keterlibatan pelajar menggunakan bahasa Arab di dalam kelas dan juga di luar kelas. Seramai 331 daripada 2400 orang pelajar tingkatan empat SABK di negeri Selangor dipilih sebagai sampel kajian. Kajian kuantitatif ini menerusi kaedah tinjauan menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasi dan diubah suai daripada pengkaji lepas. Analisis data deskriptif dan inferensi kajian ini menggunakan perisian IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23. Dapatan kajian menunjukkan bi’ah lughawiyyah dalam kalangan pelajar berada pada tahap sederhana tinggi (min= 3.87, sisihan piawai= 0.50). Seterusnya, bagi tahap keterlibatan pelajar dalam menggunakan bahasa Arab berada pada tahap sederhana tinggi (min= 3.40, sisihan piawai= 0.59). Ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dengan kekuatan positif antara bi’ah lughawiyyah dengan keterlibatan pelajar menggunakan bahasa Arab (r=0.65). Sementara itu, dapatan kajian juga merumuskan bahawa terdapat sumbangan bi’ah lughawiyyah terhadap keterlibatan pelajar dalam menggunakan bahasa Arab dengan nilai R2= 0.42 bersamaan 42%. Oleh itu, bi’ah lughawiyyah merupakan peramal terhadap keterlibatan pelajar dalam menggunakan bahasa Arab. Kajian ini berkepentingan kepada KPM bagi mendapat maklumat mengenai bi’ah lughawiyyah dalam kalangan pelajar dan merangka program-program secara terperinci khususnya dalam menambahbaik bi’ah lughawiyyah di sekolah. Justeru itu, keterlibatan pelajar secara aktif dalam menggunakan bahasa Arab dapat dikukuhkan dengan lebih baik lagi.,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectBi'ah lughawiyyah
dc.subjectBahasa Arab -- Pengajaran dan pembelajaran
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleBi'ah lughawiyyah dan keterlibatan pelajar SABK negeri Selangor dalam pembelajaran bahasa Arab
dc.typetheses
dc.format.pages143
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125769+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.39 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.