Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460156
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd. Hanafi Mohd. Yasin, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Nor Izura Mohd Salleh @ Elias (P79148) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:40:07Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:40:07Z | - |
dc.date.issued | 2021-09-24 | |
dc.identifier.other | ukmvital:125767 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460156 | - |
dc.description | Kemahiran tulisan tangan merupakan kemahiran terpenting dalam kurikulum sekolah rendah. Hal ini demikian kerana kebanyakan masa di sekolah digunakan untuk menulis. Kesannya, sekurang-kurangnya 25% murid-murid arus perdana menghadapi masalah dengan kemahiran motor halus termasuk kemahiran tulisan tangan. Pada masa yang sama, para guru kurang didedahkan dengan terapi carakerja yang mampu membantu meningkatkan kemahiran motor halus dalam kalangan Murid Berkeperluan Khas Bermasalah Pembelajaran (MBKBP). Di sini, terdapat keperluan bagi menghasilkan modul Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam pengajaran kemahiran tulisan tangan kepada MBKBP agar mereka dapat mengikuti pembelajaran dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, kebanyakan institut pendidikan guru tidak menyediakan latihan berkaitan pengajaran kemahiran tulisan tangan. Oleh itu, kajian ini dibuat bertujuan untuk membangunkan sebuah Modul Bijak Menulis (MBM) sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan kemahiran asas tulisan tangan bagi MBKBP. Tujuan utama kajian ini adalah cuba menjawab persoalan kajian berkaitan pembangunan dan pelaksanaan MBM: Adakah wujud keperluan terhadap penggunaan Modul Bijak Menulis (MBM) untuk pembelajaran kemahiran tulisan tangan dalam kalangan MBKBP?, Apakah reka bentuk Modul Bijak Menulis (MBM) yang dapat memenuhi keperluan pembelajaran kemahiran tulisan tangan dalam kalangan MBKBP?, dan Apakah MBM yang dihasilkan dapat menambah baik penguasaan kemahiran tulisan tangan dalam kalangan MBKBP? Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk: Mengenal pasti keperluan pembangunan Modul Bijak Menulis (MBM) bagi Murid Berkeperluan Khas Bermasalah Pembelajaran (MBKBP), 2) Mengenal pasti keperluan bagi modul yang ingin direka dan dibangunkan bagi memenuhi keperluan pembelajaran kemahiran tulisan tangan dalam kalangan Murid Berkeperluan Khas Bermasalah Pembelajaran (MBKBP) dan, 3) Menguji penambahbaikan kebolehgunaan Modul Bijak Menulis (MBM) untuk Murid Berkeperluan Khas Bermasalah Pembelajaran (MBKBP). Untuk tujuan ini, kajian menggunakan single subject design dengan reka bentuk AB (fasa baseline dan intervensi) bagi mengkaji keberkesanan penggunaan MBM dalam kalangan MBKBP terhadap penguasaan sembilan item garisan dan bentuk. Reka bentuk AB dipilih kerana mampu mengukur pemboleh ubah secara individu dengan lebih jelas. Fasa baseline menggunakan kaedah konvensional manakala fasa intervensi melibatkan intervensi melalui penggunaan MBM. Pada fasa baseline, murid diuji sebanyak sembilan kali (sesi 1-9) manakala pada fasa intervensi, murid diuji sebanyak 18 kali (sesi 10-27) menjadikan kesemua sesi berjumlah 27 sesi. Dapatan kajian menunjukkan semasa penggunaan MBM dalam fasa intervensi, pencapaian peserta meningkat berbanding semasa pengajaran konvensional dalam fasa baseline. Jumlah effect size terhadap penggunaan MBM pula adalah 0.94. Dapatan ini menunjukkan MBM mempunyai impak yang besar dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dan sesuai digunakan sebagai BBM dalam menangani masalah kemahiran asas tulisan tangan dalam kalangan MBKBP.,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Pengajaran dan pembelajaran | |
dc.subject | Murid berkeperluan khas | |
dc.subject | Modul Bijak Menulis (MBM) | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Reka bentuk dan pembangunan modul bijak menulis bagi murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 139 | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125767+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.75 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.