Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460150
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Abdul Razaq Ahmad, Prof. Dato’ Dr. | |
dc.contributor.author | Reza Rahmadillah (P93813) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:39:58Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:39:58Z | - |
dc.date.issued | 2021-04-12 | |
dc.identifier.other | ukmvital:125256 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460150 | - |
dc.description | Kajian ini meninjau peranan kurikulum sejarah dalam meningkatkan kemahiran pemikiran sejarah dan karakter bangsa dalam kalangan pelajar sekolah menengah di kota Tarakan, Indonesia. Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti tahap peranan kurikulum sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan karakter bangsa dalam kalangan pelajar. Selanjutnya, kajian ini akan mengenal pasti perbezaan setiap pemboleh ubah berdasarkan demografi, sumbangan yang diberikan tahap peranan kurikulum sejarah terhadap peningkatan kemahiran pemikiran sejarah serta sumbangan yang diberikan peranan kurikulum sejarah dan juga tahap kemahiran pemikiran sejarah terhadap karakter bangsa dalam kalangan pelajar. Kajian ini bersifat kajian tinjauan dengan menggunakan sampel 400 orang pelajar sekolah menengah atas di kota Tarakan, Indonesia. Instrumen kajian terdiri daripada satu pemboleh ubah bebas iaitu peranan kurikulum sejarah dan dua pemboleh ubah bersandar iaitu tahap kemahiran pemikiran sejarah dan karakter bangsa. Dapatan kajian dianalisis dengan kaedah deskriptif dan inferensi. Dapatan analisis deskriptif telah menunjukkan bahawa tahap peranan kurikulum sejarah dalam kalangan pelajar berada pada tahap sederhana manakala kemahiran pemikiran sejarah berada pada tahap sederhana dan karakter bangsa berada pada tahap tinggi. Analisis MANOVA menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan tahap peranan kurikulum sejarah berdasarkan jantina sementara terdapat perbezaan berdasarkan aliran dan jenis sekolah. Selanjutnya, pemboleh ubah kemahiran pemikiran sejarah menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan tahap dalam kalangan pelajar berdasarkan jantina tetapi terdapat perbezaan berdasarkan aliran dan jenis sekolah. Pada pemboleh ubah karakter bangsa telah menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan tahap dalam kalangan pelajar berdasarkan jantina dan aliran sementara terdapat perbezaan berdasarkan jenis sekolah. Analisis regresi telah menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara peranan kurikulum sejarah terhadap kemahiran pemikiran dengan memberikan sumbangan sebanyak 21.3% tetapi terdapat hubungan yang signifikan peranan kurikulum sejarah dan tahap kemahiran pemikiran sejarah terhadap nilai karakter bangsa dengan memberikan sumbangan sebanyak 20.1%. Implikasi kajian telah menunjukkan perlunya pihak sekolah untuk menilai kualiti dan memberikan peluang kepada guru untuk lebih kreatif dalam mengamalkan pengajaran berdasarkan kurikulum sejarah sehingga pelajar mampu untuk mendapatkan pengajaran yang baik dalam meningkatkan kemahiran pemikiran sejarah serta mengamalkan nilai karakter bangsa di sekolah mahupun di luar persekitaran sekolah.,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Pengajaran dan pembelajaran -- Indonesia | |
dc.subject | Sejarah | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Peranan kurikulum sejarah dalam meningkatkan kemahiran pemikiran sejarah dan karakter bangsa dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Indonesia | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 132 | |
dc.identifier.barcode | 004984(2020) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125256+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.65 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.