Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460148
Title: | Pengaruh kepimpinan transformasional pengetua terhadap kepercayaan dan komitmen kerja guru di SABK Negeri Selangor |
Authors: | Rosnita Abdullah (P92557) |
Supervisor: | Azlin Norhaini Mansor, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Kepimpinan transformasional Pemimpin Pengetua Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 30-Apr-2021 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh kepimpinan transformasional pengetua terhadap kepercayaan dan komitmen kerja guru di SABK Negeri Selangor. Objektif kajian pula adalah untuk mengenal pasti tahap dan hubungan kepimpinan transformasional pengetua, kepercayaan kepada pengetua, dan komitmen kerja guru, serta mengenalpasti pengaruh kepercayaan kepada pengetua sebagai mediator antara kepimpinan transformasional pengetua terhadap komitmen kerja guru SABK di negeri Selangor. Populasi kajian ini terdiri daripada guru-guru yang mengajar di kesemua 23 SABK di negeri Selangor yang berjumlah 1277 orang dan sampel kajian adalah seramai 297 orang. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kuantitatif sepenuhnya dengan menggunakan reka bentuk tinjauan (survey) dan soal selidik. Kaedah persampelan rawak berstrata digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23.0 dalam bentuk statistik deskriptif frekuensi, skor min, sisihan piawai, dan peratusan. Analisis inferensi melibatkan ujian ANOVA sehala digunakan bagi melihat perbezaan min antara kumpulan yang melebihi dua kategori. Ujian kolerasi Pearson digunakan untuk melihat hubungan antara kepimpinan transformasional pengetua, kepercayaan kepada pengetua, dan komitmen kerja guru; dan analisis regresi pelbagai pula bagi mengkaji pengaruh kepercayaan kepada pengetua sebagai mediator antara kepimpinan transformasional pengetua terhadap komitmen kerja guru SABK. Dapatan kajian menunjukkan tahap kepimpinan transformasional pengetua (M= 4.077) mempunyai nilai min ditahap yang tinggi, diikuti dengan kepercayaan pengetua (M=4.070) serta komitmen kerja guru (M=4.188) yang juga berada pada tahap min yang tinggi. Dapatan menunjukkan hubungan yang signifikan antara kepimpinan transformasional pengetua dengan kepercayaan guru kepada pengetua (r=0.887, p˂0.05), antara kepimpinan transformasional pengetua dengan komitmen kerja guru (r=0.537, p˂0.05), dan antara kepercayaan kepada pengetua dengan komitmen kerja guru (r=0.493, p˂0.05). Dapatan kajian juga menunjukkan kepimpinan transformasional pengetua menyumbang sebanyak 78.7% varians dalam kepercayaan guru kepada pengetua dan sebanyak 28.8% kepada varians komitmen kerja guru. Implikasi kajian ini adalah dari aspek keupayaan hasil kajian dalam membantu pihak pembuat dasar dalam merancang, merangka dan melaksanakan program atau kursus untuk meningkatkan kualiti kepimpinan pemimpin sekolah dan secara tidak langsung akan menyumbang kepada peningkatan komitmen kerja guru. Kesimpulanya kepercayaan kepada pengetua memberi pengaruh kepada kepimpinan transformasional pengetua dan komitmen kerja guru yang mana dapat membantu dalam membentuk prestasi kepimpinan pengetua.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 175 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125255+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.86 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.