Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460140
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Norasmah Othman, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Tuan Noormahanisa Tuan Mahyidin (P95918) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:39:42Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:39:42Z | - |
dc.date.issued | 2021-03-25 | |
dc.identifier.other | ukmvital:125247 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460140 | - |
dc.description | Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Kes (PBK) adalah pendekatan yang telah lama diperkenalkan dalam kurikulum Prinsip Perakaunan dan masih dikekalkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). PBK adalah pendekatan yang boleh membangunkan kebolehan menggunakan idea dan maklumat seterusnya menggalakkan pemikiran secara kritikal. Namun, guru Prinsip Perakaunan kurang prihatin dengan penggunaan pendekatan PBK dalam proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) disebabkan beberapa kekangan. Justeru, tujuan kajian ini dijalankan untuk mengukur peringkat keprihatinan dan tahap penggunaan pendekatan PBK dalam kalangan guru Prinsip Perakaunan. Kajian ini menggunakan dua dimensi daripada Model CBAM (Concern Based Adoption Model) iaitu dimensi peringkat keprihatinan (Stages of Concern) dan tahap penggunaan (Level of Use). Reka bentuk kajian tinjauan telah dipilih dan sampel kajian terdiri daripada 238 orang guru Prinsip Perakaunan di Selangor. Terdapat dua peringkat dalam pemilihan sampel iaitu kaedah persampelan rawak mudah dan kaedah persampelan berkelompok. Instrumen kajian adalah soal selidik yang menggunakan skala likert tujuh mata. Nilai kesahan soal selidik adalah di antara 0.385 hingga 0.859 dan nilai kebolehpercayaan di antara 0.743 hingga 0.906 bagi semua item dalam konstruk peringkat keprihatinan dan tahap penggunaan. Perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Windows Version 22.0 digunakan untuk menganalisis data secara deskriptif dan infrensi. Analisis deskriptif dijalankan dengan menggunakan skor min, frekuensi dan peratusan untuk menentukan peringkat keprihatinan dan tahap penggunaan pendekatan PBK. Analisis infrensi yang digunakan adalah MANOVA, Korelasi Pearson dan Regresi Berganda. Ujian MANOVA adalah untuk mengukur perbezaan peringkat keprihatinan dan tahap penggunaan pendekatan PBK dalam kalangan guru Prinsip Perakaunan berdasarkan pengalaman mengajar. Ujian Korelasi Pearson dijalankan untuk melihat hubungan tujuh peringkat keprihatinan terhadap tahap penggunaan PBK. Manakala ujian Regresi Berganda digunakan untuk mengukur pengaruh peringkat keprihatinan guru Prinsip Perakaunan terhadap tahap penggunaan pendekatan PBK dalam pengajaran. Hasil kajian menunjukkan guru Prinsip Perakaunan berada di Peringkat Keprihatian Maklumat (PK1) dan di Tahap Tiada Penggunaan (TP0). Selain itu, kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan peringkat keprihatinan guru Prinsip Perakaunan berdasarkan pengalaman mengajar bagi Peringkat Keprihatinan Kesedaran (PK0) sahaja. Walau bagimanapun, tiada perbezaan yang signifikan bagi Tahap Penggunaan Pendekatan PBK dalam kalangan guru Prinsip Perakaunan berdasarkan pengalaman mengajar. Dapatan kajian melaporkan terdapat hubungan bagi enam peringkat keprihanan terhadap tahap penggunaan pendekatan PBK. Dapatan kajian juga menunjukkan faktor pengaruh utama kepada Tahap Penggunaan pendekatan PBK adalah Peringkat Keprihatinan Pemfokusan Semula (PK6). Dapatan kajian ini dapat menambah ilmu dan membantu guru Prinsip Perakaunan mempelbagaikan idea dalam PdPc khususnya pendekatan yang berkaitan dengan pembelajaran abad ke-21. Selain itu, kajian ini dapat digunakan oleh perancang Pendidikan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Jurulatih Utama (JU), Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah dan pentadbir sekolah mengenalpasti dan menambahbaik pendekatan pengajaran guru bagi menghasilkan pembelajaran bermakna kepada murid.,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Pembelajaran Berasaskan Kes (PBK) | |
dc.subject | Prinsip perakaunan | |
dc.subject | Pengajaran dan pembelajaran | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Keprihatinan dan tahap penggunaan pendekatan pembelajaran berasaskan kes dalam kalangan guru prinsip perakaunan | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 174 | |
dc.identifier.barcode | 004975(2020) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125247+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.24 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.