Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460139
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Hafizhah Zulkifli, Dr. | |
dc.contributor.author | Maryati Mohd Amin (P92498) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:39:41Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:39:41Z | - |
dc.date.issued | 2020 | |
dc.identifier.other | ukmvital:125246 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460139 | - |
dc.description | Perkahwinan bawah umur merupakan satu isu yang sentiasa hangat diperbahaskan hingga ke peringkat antarabangsa. Beberapa faktor yang mendorong berlakunya perkahwinan bawah umur telah dikenal pasti dan ia melibatkan sahsiah golongan yang terlibat dengan amalan ini. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka faktor perkahwinan bawah umur dan sahsiah murid sekolah menengah yang terlibat serta cabaran yang dihadapi oleh murid tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif berunsurkan kajian kes. Kajian ini melibatkan seorang murid lelaki tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah yang terletak di Semenanjung Malaysia sebagai informan utama. Pengkaji turut menemu bual isteri, ibu, ibu mertua, guru dan rakan sebaya sebagai informan sokongan. Data dikumpulkan menerusi temu bual semi berstruktur yang disokong dengan maklumat berkaitan daripada pemerhatian, analisis dokumen dan nota lapangan. Data seterusnya dianalisis dan diberikan kategori dan sub tema bagi membangunkan tema utama untuk menjawab setiap persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor kerap berjumpa, bimbang terlanjur, pergaulan bebas dan bimbang hamil yang mendorong kepada berlakunya perkahwinan bawah umur. Kajian mendapati bahawa perkahwinan bawah umur menjadikan murid melaksanakan perkara asas fardu ain (PAFA) , mendapat sokongan baik yang berterusan daripada ibu bapa dan keluarga, mengamalkan sifat mahmudah, mengalami ketidakselesaan dengan sikap negatif pasangan, berbudi bahasa, dan memiliki nilai persahabatan yang tinggi. Namun, kajian mendapati perkahwinan bawah umur mengundang masalah disiplin iaitu kerap ponteng dan kerap datang lewat ke sekolah. Manakala dari sudut cabaran, perkahwinan bawah umur memberikan banyak tekanan akibat menghadapi kerenah pasangan yang belum matang. menghadapi sikap pasangan yang terlalu mengikut emosi, memikul tanggungjawab yang lebih dan terpaksa mengubah aktiviti harian. Implikasi kajian ini ketara dilihat terhadap remaja itu sendiri kerana perkahwinan bawah umur menjejaskan fokus murid terhadap pembelajaran dan pembangunan diri akibat terpaksa memikul tanggungjawab yang lebih sebelum waktunya. Pengkaji mencadangkan agar ibu bapa dan keluarga yang terlibat serta guru dan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dapat memainkan peranan dengan memberi kesedaran awal, membimbing dan memberi sokongan kepada murid yang telah berkahwin bawah umur agar mereka dapat meneruskan persekolahan dengan sempurna dan mengekalkan perkahwinan yang telah dibina.,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Perkahwinan bawah umur | |
dc.subject | Sahsiah | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Memahami perkahwinan bawah umur murid sekolah menengah | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 147 | |
dc.identifier.barcode | 004974(2020) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125246+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.69 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.