Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460135
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ruhizan Mohamad Yasin, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Shamala Devi Muthurajah (P91601) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:39:35Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:39:35Z | - |
dc.date.issued | 2020-12-20 | |
dc.identifier.other | ukmvital:124936 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460135 | - |
dc.description | Pembelajaran berasaskan projek (PjBL) merupakan kaedah pengajaran yang menekankan aktiviti berpusatkan pelajar dan membimbing pelajar untuk mencipta projek secara efektif. Namun, pengintegrasian Google Classroom dalam pembelajaran berasaskan projek mengorak satu langkah baru untuk melahirkan pelajar berfikiran kreatif dan inovatif. Platform digital ini menggalakkan pelajar untuk berbincang dan berkongsi ilmu secara dalam talian serta membantu guru berkomunikasi dengan pelajar di luar waktu persekolahan tanpa perlu bersemuka. Secara amnya, pembelajaran berasaskan projek kurang dipraktikkan dalam pengajaran dan pemudahcaran (PdPc) penulisan karangan dan pelaksanaannya masih di tahap yang rendah. Tambahan pula, kelemahan pelajar berfikir secara kreatif dan analitis dalam penulisan karangan menyebabkan kebanyakan pelajar tidak dapat menulis karangan berlandaskan kehendak soalan kerana tidak mempunyai pengetahuan yang luas tentang tajuk karangan yang ditulis. Kajian kes kualitatif ini bertujuan untuk meneroka pengetahuan asas guru dalam proses pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek melalui Google Classroom dan meneroka kemahiran interaksi sosial pelajar penutur bukan natif dalam PjBL. Dapatan kajian menunjukkan PjBL mewujudkan interaksi sosial dalam kalangan pelajar bukan penutur natif dan memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan perhatian dalam PdPc penulisan karangan serta mengasah kemahiran kreativiti untuk menghasilkan projek dan penulisan karangan yang bermutu tinggi. Dapatan temu bual dan pemerhatian pula menunjukkan pelajar melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti PjBL. Selanjutnya, guru mempraktikkan pembelajaran berasaskan projek melalui Google Classroom dalam PdPc penulisan karangan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Tuntasnya, melalui aktiviti PjBL masalah dan cabaran dunia sebenar dapat diterokai oleh pelajar melalui penghasilan projek sebagai artifak pembelajaran untuk merealisasikan aspirasi kualiti PPPM 2013-2025.,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Google Classroom | |
dc.subject | Pembelajaran berasaskan projek (PjBL) | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pengajaran pembelajaran berasaskan projek melalui Google Classroom dalam kalangan pelajar penutur bukan natif di sekolah antarabangsa | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 218 | |
dc.identifier.barcode | 004971(2020) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_124936+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.82 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.