Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460134
Title: Amalan pengurusan program kelas berasaskan subjek dan minat serta sikap murid terhadap pembelajaran di Sekolah Menengah di Bentong, Pahang
Authors: Adillah Ahmad (P92558)
Supervisor: Mohamed Yusoff Mohd Nor, Dr.
Keywords: Kelas Berasaskan Subjek (KBS)
Pengurusan kelas -- Bentong
Pahang
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-Nov-2020
Description: Pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 (PAK 21) dalam pendidikan masa kini memerlukan guru membuat perubahan kepada persekitaran kelas yang konvensional. Untuk memudahkan pelaksanaan PAK 21, program Kelas Berasaskan Subjek (KBS) telah diperkenalkan di beberapa sekolah terpilih. Namun, amalan pengurusan kelas berkonsepkan KBS yang berbeza dengan sistem pengurusan kelas konvensional masih kurang didedahkan kepada umum. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap amalan guru menguruskan kelas serta tahap minat dan sikap murid terhadap pembelajaran di sekolah yang mempraktikkan program Kelas Berasaskan Subjek (KBS). Kajian ini turut bermatlamat untuk mengenal pasti hubungan antara amalan pengurusan kelas dengan minat dan sikap murid terhadap pembelajaran. Dengan menggunakan instrumen soal selidik berskala Likert, kajian ini melibatkan 135 orang responden dari dua buah sekolah menengah di Bentong, Pahang. Dapatan kuantitatif yang dianalisis menggunakan SPSS versi 22.0 menunjukkan tahap amalan pengurusan kelas oleh guru adalah pada tahap tinggi (min = 3.17, SP = 0.479). Hasil kajian juga mendapati tahap minat murid terhadap pembelajaran berada pada aras tinggi (min = 3.15, SP = 0.513) dan begitu juga dengan dapatan tahap sikap murid (min = 3.16, SP = 0.504). Ujian korelasi Spearman Rho mencatatkan hubungan yang signifikan antara amalan pengurusan kelas KBS dengan minat murid (rs = 0.842, p < 0.01) dan sikap murid (rs = 0.819, p < 0.01) terhadap pembelajaran. Hasil kajian jelas membuktikan bahawa amalan guru menguruskan Kelas Berasaskan Subjek (KBS) berpotensi untuk meningkatkan minat dan memperbaiki sikap murid ke arah yang lebih positif. Selain menjadikan pengurusan kelas lebih efisien dan sistematik, program KBS berupaya mewujudkan suasana pembelajaran kondusif yang menepati ciri-ciri kelas abad ke-21. Guru yang peka kepada keperluan murid akan berusaha menguruskan kelas sebaik mungkin agar pembelajaran di kelas boleh merangsang minat dan memperbaiki sikap murid. Beberapa kajian lanjutan juga disarankan agar amalan pengurusan kelas berkonsepkan KBS dapat ditambahbaik dan dipraktikkan di lebih banyak sekolah.,Sarjana Pendidikan
Pages: 122
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124932+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
502.17 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.