Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460133
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Suziyani Mohamed, Dr. | |
dc.contributor.author | Mohamad Allif Abu Yazid (P80283) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:39:33Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:39:33Z | - |
dc.date.issued | 2020-10-13 | |
dc.identifier.other | ukmvital:124924 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460133 | - |
dc.description | Dengan arus kemodenan yang pesat pada masa kini menyebabkan pendidikan sains terus diberikan perhatian seawal peringkat prasekolah lagi. Namun begitu, guru prasekolah masih kurang mahir dalam menyampaikan ilmu sains sekali gus menyebabkan kanak-kanak kurang minat terhadap subjek sains awal. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan Modul E-sky dalam meningkatkan minat dan pemahaman kanak-kanak terhadap sains awal. Modul E-sky merupakan sebuah modul bertemakan alam semulajadi menggunakan pendekatan inkuiri. Kajian ini adalah sebuah kajian kes menggunakan pendekatan kualitatif. Terdapat 5 fasa utama dalam kajian ini iaitu analisis keperluan, reka bentuk, pembangunan, implementasi dan penilaian. Kaedah pensampelan mudah telah digunakan dalam pemilihan sampel, di mana 19 orang kanak-kanak dan 2 orang guru telah terlibat. Dalam fasa analisis keperluan, temu bual bersama guru telah dijalankan bagi mengenal pasti tema sains awal yang paling sukar untuk diajar dan modul mula dibangunkan setelah tema dikenal pasti. Dalam fasa pembangunan dan reka bentuk, guru-guru diberikan latihan mengenai kaedah pelaksanaan Modul E-sky dan seterusnya mengimplementasikan modul sepanjang tempoh pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) tema alam semulajadi berlangsung. Pemerhatian naturalistik dan rakaman video telah dilakukan sepanjang tempoh implementasi modul. Pada fasa penilaian, temu bual telah dilakukan bersama guru dan kanak-kanak serta analisis deskriptif berdasarkan catatan pemerhatian dan rakaman video telah dibuat bagi menilai Modul E-sky. Hasil temu bual bersama guru dan kanak-kanak dalam fasa analisis keperluan dan penilaian telah ditranskripsi dan tema-tema yang wujud telah dikenal pasti. Secara keseluruhannya, kajian mendapati guru dan kanak-kanak memberikan maklum balas yang positif terhadap penggunaan Modul E-sky. Kajian ini adalah penting untuk memberi maklumat kepada pihak-pihak yang terlibat dalam pendidikan prasekolah khususnya kepada guru untuk penambahbaikan dalam PdPc sains awal. Kesimpulannya, Modul E-sky dapat meningkatkan tahap kefahaman kanak-kanak serta membantu guru untuk menjalankan PdPc yang berpusatkan kanak-kanak dan menarik. Namun demikian, guru perlu mempunyai kreativiti dalam mempelbagaikan aktiviti untuk menyampaikan ilmu sains awal kepada kanak-kanak prasekolah.,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Sains -- Pengajaran dan pembelajaran | |
dc.subject | Pendidikan sains | |
dc.subject | Modul E-sky | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Penggunaan modul E-sky untuk pembelajaran sains awal | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 146 | |
dc.identifier.barcode | 004968(2020) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_124924+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 518.45 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.