Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460132
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFariza Khalid, Dr.
dc.contributor.authorAsni Nor Rizwan Abdul Rani (P89276)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:39:31Z-
dc.date.available2023-09-13T09:39:31Z-
dc.date.issued2020-11-27
dc.identifier.otherukmvital:124923
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460132-
dc.descriptionDi dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia 2015-2025, beberapa langkah telah diperkenalkan bagi melonjakkan pencapaian graduan yang mengikuti bidang Technical And Vocational Education And Training (TVET). Salah satu langkah tersebut adalah dengan mengadakan intervensi khusus dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) TVET di mana hasrat ini telah menggerakkan suatu kajian yang dilakukan di sebuah institusi TVET. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangun dan menilai keberkesanan alat bantuan pembelajaran berbentuk simulasi yang berasaskan teknologi augmented reality untuk kemahiran kimpalan. Responden kajian secara keseluruhannya terdiri daripada seorang pensyarah merangkap pakar bidang beserta 18 orang pelajar-pelajar diploma teknologi kimpalan yang bakal mengambil subjek FWD 11102 The Fundamental Welding Method Of Oxyacetylene Welding (OAW) and Shielded Metal Arc Welding (SMAW) di Malaysia France Institute (MFI). Data kajian dikumpul melalui beberapa fasa. Fasa pertama (keperluan) melibatkan temubual bersama pensyarah kursus tersebut dan 2 orang pelajar yang mempunyai pengalaman mengimpal sebelum mengikuti diploma teknologi kimpalan di MFI. Fasa kedua (penilaian kuantitatif ) pula melibatkan pengumpulan data secara kuantitatif di mana suatu ujian pra dan pasca telah dijalankan kepada 18 orang responden. Fasa kedua juga merekodkan bilangan kesalahan untuk 3 kali cubaan mengimpal secara maya untuk 9 orang responden dari kumpulan yang sama. Fasa ketiga (penilaian kualitatif) melibatkan temubual dengan 3 orang responden untuk menerangkan dengan lebih lanjut dapatan kuantitatif di fasa kedua. Hasil analisis fasa pertama (keperluan) menunjukkan bahawa wujud enam isu atau pematuhan utama berkaitan keperluan untuk membangunkan bahan simulasi berasaskan augmented realitiy untuk subjek ini iaitu: a) keselamatan, b) keperluan terhadap aktiviti simulasi kimpalan, c) keperluan meningkatkan kemahiran kendiri, d) identifikasi kesalahan dan langkah pembetulan segera, e) penilaian pelajar berasaskan komputer dan f) penjimatan kos bercirikan teknologi mesra alam. Aspek-aspek tersebut menjadi asas penambahbaikan dan diterjemahkan dengan pembangunan suatu sistem berasaskan augmented reality bergelar KIMSEL (Kimpal Selamat) yang menyokong topik-topik dalam kursus berkaitan. Dapatan dari fasa 2 menunjukkan peningkatan pemahaman teori kimpalan melalui ujian pra dan pasca KIMSEL dimana min markah keseluruhan pelajar meningkat dari M=5.4 kepada M=10.0. Aktiviti mengimpal secara maya pelajar-pelajar pula menunjukkan peningkatan prestasi mengimpal melalui pengurangan tahap skor min kesalahan mengimpal iaitu M=14.91 untuk cubaan pertama, M=13.56 untuk cubaan kedua dan berkurang kepada M=4.99 untuk cubaan ketiga. Dapatan dari fasa 3 yang terdiri dari data temubual bersama pelajar juga menyokong kebekersanan penggunaan KIMSEL berasaskan teknologi augmented reality disamping mengenalpasti penambahbaikan KIMSEL di masa akan datang. Sebagai kesimpulannya, KIMSEL bukan sahaja memenuhi objektif instruksional yang ditetapkan malahan dapat bertindak sebagai alat penambahbaikan pengajaran pembelajaran dan pemudahcaraan program TVET dan menyumbang kepada pencapaian matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan Rancangan Malaysia ke 11.,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectKimpalan -- Pengajaran dan pembelajaran
dc.subjectKemahiran kimpalan
dc.subjectAugmented reality
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePembangunan dan penilaian sistem bantuan pembelajaran kaedah kimpalan KIMSEL (Kimpal Selamat) berasaskan augmented reality
dc.typetheses
dc.format.pages188
dc.identifier.barcode004967(2020)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124923+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.47 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.