Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460130
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zamri Mahmod, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Rosnani Sidik (P96511) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:39:28Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:39:28Z | - |
dc.date.issued | 2021-09-29 | |
dc.identifier.other | ukmvital:124272 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460130 | - |
dc.description | Transformasi kurikulum pendidikan di Malaysia iaitu dari Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) kepada Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dilaksanakan bermula pada tahun 2017. Transformasi ini merupakan persediaan bagi melahirkan pelajar yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Melalui transformasi ini juga diharapkan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara di peringkat global selain mengatasi cabaran pada abad ke-21 ini. Perubahan dalam kurikulum ini pastinya memerlukan guru mempunyai pengetahuan, kemahiran, sikap dan kesediaan yang tinggi dalam melaksanakan pengajaran yang masih baharu ini. Justeru, kajian menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan, kemahiran, sikap dan kesediaan serta hubungannya dengan kesediaan guru melaksanakan pengajaran KSSM Bahasa Melayu. Seramai 218 orang guru Bahasa Melayu sekolah menengah di daerah Kuantan, Pahang terlibat sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan teknik persampelan Rawak Sistematik. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang mengandungi empat konstruk iaitu Pengetahuan, Kemahiran, Sikap dan Kesediaan. Data dianalisis secara statistik deskriptif dan statistik inferensi dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Scienses (SPSS) versi 25. Data deskriptif telah dianalisis dengan melibatkan min, sisihan piawai dan peratusan bagi menjelaskan profil responden. Manakala inferensi pula menggunakan Ujian t dan Korelasi Pearson. Ujian bukan parametrik Mann-Whitney juga turut digunakan dalam merungkai persoalan ketiga. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru Bahasa Melayu sekolah menengah mempunyai pengetahuan, kemahiran, sikap dan kesediaan yang tinggi terhadap pelaksanaan pengajaran KSSM Bahasa Melayu. Dapatan Ujian-t memperlihatkan perbezaan yang signifikan bagi aspek pengetahuan, kemahiran, sikap dan kesediaan guru dalam melaksanakan pengajaran KSSM Bahasa Melayu berdasarkan pengkhususan. Pengujian Mann-Whitney dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan pengetahuan, kemahiran, sikap dan kesediaan guru melaksanakan pengajaran KSSM berdasarkan pengalaman menghadiri kursus KSSM Bahasa Melayu. Dapatan analisis turut menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi aspek pengetahuan, kemahiran dan kesediaan. Namun, aspek sikap pula menunjukkan tidak ada perbezaan yang signifikan. Melalui analisis korelasi Pearson yang dijalankan menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kesediaan guru dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap. Dapatan menunjukkan perhubungan yang positif, namun kekuatan perhubungan adalah sederhana bagi ketiga-tiga aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. Implikasi kajian ini menunjukkan kejayaan pelaksanaan pengajaran KSSM Bahasa Melayu adalah bergantung kepada keupayaan guru. Justeru, pengetahuan, kemahiran, sikap dan kesediaan guru perlu diperkukuhkan melalui program latihan dan kursus yang berterusan bagi meningkatkan pengajaran guru di samping pemantauan dari semasa ke semasa oleh pihak kementerian.,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Kurikulum pendidikan -- Malaysia | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pengetahuan, kemahiran, sikap dan kesediaan pelaksanaan pengajaran kurikulum standard sekolah menengah | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 172 | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_124272+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.77 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.