Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460129
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Faridah Yunus, Dr. | |
dc.contributor.author | Nurul Aini Hashim (P76105) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:39:27Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:39:27Z | - |
dc.date.issued | 2021-09-16 | |
dc.identifier.other | ukmvital:124265 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460129 | - |
dc.description | Kajian menunjukkan faktor tret personaliti dan faktor motivasi merupakan antara faktor utama pemilihan kerjaya seseorang individu memilih dan mencari pekerjaan setelah menamatkan pengajian. Antara kerjaya yang kurang diberi perhatian oleh segelintir mahasiswa terutamanya dikalangan lelaki adalah kerjaya sebagai guru di prasekolah. Penglibatan guru lelaki dalam menceburi kerjaya sebagai guru prasekolah dikatakan kurang berbanding penglibatan guru wanita. Kerjaya ini dikatakan sukar mendapat tempat sebagai kerjaya pilihan di kalangan lelaki ditambah dengan sikap golongan ini dan persepsi negatif masyarakat terhadap kehadiran mereka sebagai guru prasekolah menyumbang kepada kekurangan penglibatan tersebut. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan diantara faktor tret personaliti (openness, consciousness, extraversion, agreebleness dan neuroticisme) dan motivasi (intrinsik dan ekstrinsik) yang mempengaruhi sikap mahasiswa terhadap profesion perguruan di prasekolah. Seramai 198 responden yang terdiri daripada mahasiswa lelaki telah berjaya dikumpul secara rawak dan bertujuan di sekitar Johor Bahru. Soal selidik dibina dan diadaptasi berdasarkan Big Five Inventory (BFI) bagi personalti, FIT Choice Scale bagi motivasi, dan Attitude Scale Towards Teaching bagi sikap untuk melihat hubungan diantara faktor personaliti dan motivasi yang mempengaruhi sikap mahasiswa terhadap kerjaya guru di prasekolah dan faktor personaliti yang mempengaruhi faktor motivasi intrinsik terhadap kerjaya guru di prasekolah. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisisan Statistical Package for Social Science 21.0 (SPSS) menggunakan analisis deskriptif dan inferensi korelasi berganda. Didapati terdapat perhubungan positif yang sangat kuat diantara tret personaliti openness, extraversion dan aggreableness dan motivasi (intrinsik dan ekstrinsik) dengan sikap mahasiswa terhadap kerjaya guru di prasekolah. Kajian ini juga mendapati motivasi intrinsik lebih kuat mempengaruhi berbanding motivasi ekstrinsik namun kedua-duanya signifikan dengan sikap mahasiswa terhadap kerjaya guru di prasekolah. Manakala bagi analisis regreasi berganda pula, keputusan mendapati faktor tret personaliti (opennes dan extraversion) mempengaruhi motivasi intrinsik secara positif dengan memberi sumbangan kedua tertinggi iaitu sebanyak 41%. Manakala faktor tret personaliti openness, extraversion, aggrealeness dan neuorotisme menyumbang sebanyak 36%. Hal ini menjelaskan bahawa mahasiswa yang memiliki keempat-empat faktor tret personaliti tersebut dan motivasi mampu membentuk serta memiliki nilai peribadi asas yang positif dalam mempengaruhi sikap mahasiswa lelaki terhadap kerjaya guru di prasekolah. Manakala bagi faktor motivasi (intrinsik dan ekstrinsik) secara dominan mempengaruhi sikap mahasiswa secara positif dan signifikan malah merupakan penyumbang terbesar iaitu sebanyak 77%. Malah dapatan juga menunjukkan hanya tret personaliti openness dan extraversion sahaja mempengaruhi motivasi intrinsik dengan memberi sumbangan kedua tertinggi iaitu sebanyak 41%. Dapatan ini menjelaskan bahawa faktor motivasi personaliti openness dan extraversion amat signifikan dalam aspek motivasi instrinsik mahasiswa dalam membentuk sikap mahasiswa lelaki malah memberi kesan pengaruh secara positif terhadap kerjaya guru di prasekolah namun faktor motivasi lebih memberi kesan. Ianya perlu diberi perhatian oleh semua pihak dalam memastikan sikap mahasiswa terhadap kerjaya ini sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada peningkatan bilangan guru lelaki prasekolah. Beberapa cadangan bagi kajian lanjutan juga turut dikemukakan.,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Tret personaliti | |
dc.subject | Kerjaya | |
dc.subject | Guru prasekolah | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pengaruh tret personaliti dan motivasi terhadap sikap mahasiswa dalam pemilihan kerjaya sebagai guru prasekolah | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 149 | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_124265+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.04 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.