Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460122
Title: Penggunaan multimedia dalam mengatasi kekeliruan makna perkataan bahasa Melayu kanak-kanak Iban prasekolah
Authors: Quwwatun 'Aqilah Mohamad (P96680)
Supervisor: Faridah Yunus, Dr.
Keywords: Pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu
Kanak-kanak Iban
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 23-Aug-2021
Description: Kekeliruan makna boleh berlaku dalam proses pemerolehan bahasa kedua (B2). Kanak-kanak Iban di prasekolah yang pertama kali didedahkan dengan bahasa Melayu (BM) berhadapan dengan masalah kekeliruan makna apabila perkataan yang sama mempunyai makna yang berbeza. Kajian ini dijalankan bagi menjelaskan kesamaan perkataan BM - bahasa Iban yang menimbulkan kekeliruan makna di prasekolah daerah Sibu, Sarawak. Kajian ini juga mengkaji penggunaan multimedia bagi membantu mengatasi kekeliruan makna perkataan BM – bahasa Iban dalam kalangan kanak-kanak Iban prasekolah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes. Peserta kajian terdiri daripada murid prasekolah, guru prasekolah, pembantu prasekolah dan guru Iban. Data dikumpul menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data dianalisis secara analisis kualitatif iaitu analisis tematik. Dapatan kajian mendapati 22 perkataan yang menimbulkan kekeliruan makna merupakan perkataan homonim dan polisemi. Penggunaan multimedia didapati dapat membantu mengurangkan kekeliruan makna melalui tema i) saluran auditori/verbal dan visual/piktorial, ii) teknologi maklumat, iii) motivasi dan iv) pengukuhan. Kajian ini hanya menumpukan kepada kanak-kanak peringkat prasekolah. Dapatan yang lebih meluas boleh diperolehi jika skop kajian meliputi kanak-kanak Iban secara keseluruhan. Diharap dengan penemuan ini dapat mengurangkan cabaran komunikasi antara kanak-kanak Iban dengan orang sekeliling bukan Iban, mempercepat kanak-kanak Iban menguasai BM dan mengelakkan salah faham perkataan yang sama tetapi berbeza makna.,Sarjana Pendidikan
Pages: 160
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123595+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
3.14 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.