Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460119
Title: | Kepimpinan autentik dan hubungannya dengan prestasi kerja pensyarah Kolej Matrikulasi KPM |
Authors: | Isharae Abdul Mosamad (P92560) |
Supervisor: | Azlin Norhaini Mansor, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Kepimpinan autentik Kolej Matrikulasi KPM Prestasi kerja Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 6-Jun-2021 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan autentik pengurusan kolej matrikulasi KPM, mengenalpasti tahap prestasi kerja pensyarah, mengkaji hubungan antara amalan kepimpinan autentik dan prestasi kerja pensyarah, mengenalpasti amalan terbaik dalam aspek prestasi kerja yang diamalkan dalam kalangan pensyarah kolej matrikulasi dan melihat sumbangan amalan kepimpinan autentik terhadap tahap prestasi pensyarah kolej matrikulasi KPM. Kajian tinjauan yang dilaksanakan secara kuantitatif ini melibatkan 245 orang pensyarah yang dipilih secara rawak daripada tiga buah kolej matrikulasi KPM zon tengah. Instrumen kajian ini menggunapakai borang soal selidik yang diubahsuai daripada borang soal selidik Authentic Leadership Questionaire (ALQ) bagi mengukur kepimpinan autentik dan prestasi kerja yang telah diadaptasi daripada kajian asal oleh Supian & Khadijah (2012). SPSS versi 23.0 digunakan untuk memperlihatkan statistik deskriptif kajian seperti skor min, sisihan piawai, peratusan dan frekuensi. Hubungan antara kepimpinan autentik dan prestasi kerja pensyarah kolej matrikulasi KPM pula menggunakan statistik inferensi ujian kolerasi Pearson manakala dapatan kajian sumbangan amalan kepimpinan autentik terhadap prestasi kerja yang diamalkan dalam kalangan pensyarah kolej matrikulasi KPM zon tengah dilihat melalui regresi berganda. Dapatan kajian menunjukkan pengurusan kolej matrikulasi KPM zon tengah mengamalkan kepimpinan autentik adalah pada tahap tinggi (M = 3.44) manakala prestasi kerja pensyarah pula adalah pada tahap sangat tinggi (M = 4.29). Kajian ini juga mendapati amalan kepimpinan autentik mempunyai hubungan yang signifikan tahap sederhana terhadap prestasi kerja pensyarah (r = 0.220,. p = 0.001). Dapatan kajian juga memperlihatkan kepimpinan autentik pengurusan kolej matrikulasi KPM menyumbang sebanyak 9.6% varians dalam prestasi kerja pensyarah kolej matrikulasi KPM. Dimensi perspektif moral dalaman kepimpinan autentik adalah amalan terbaik yang dipraktikkan oleh pengurusan kolej (M = 3.66) manakala dimensi ketetapan masa dalam aspek prestasi kerja yang dipraktikkan dalam kalangan pensyarah kolej (M = 4.39) merupakan amalan terbaik dalam aspek prestasi kerja yang dinilai. Implikasi kepada kajian ini adalah ia perlu diperluaskan agar dapat dijadikan maklumat sokongan untuk Bahagian Matrikulasi KPM dan juga kolej-kolej matrikulasi dalam merancang polisi dan mempertingkatkan lagi amalan kepimpinan autentik, sekaligus meningkatkan tahap prestasi kerja pensyarah di kolej matrikulasi KPM.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 148 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123516+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 507.29 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.