Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460113
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore, Ts. Dr. | |
dc.contributor.author | Muslihaza Abdul Musikin (P96677) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:39:04Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:39:04Z | - |
dc.date.issued | 2021-08-04 | |
dc.identifier.other | ukmvital:123133 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460113 | - |
dc.description | Kemahiran pentaksiran merupakan salah satu aspek kompetensi yang harus dikuasai untuk meningkatkan kualiti hasil pembelajaran murid. Namun begitu, perdebatan lepas menunjukkan wujudnya perbezaan kompetensi guru dalam kemahiran pentaksiran daripada aspek gender, pengalaman mengajar dan bidang mata pelajaran guru yang menyebabkan jurang perbezaan yang tidak sepatutnya antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Perbezaan ini menimbulkan persoalan sama ada interaksi yang berlaku antara gender, kategori novis dan kumpulan mata pelajaran berkemungkinan memberi kesan kepada kemahiran pentaksiran guru. Dapatan empirikal lanjutan amat diperlukan untuk mengetahui bentuk interaksi yang mungkin berlaku antara faktor demografi tersebut dan mengkaji sama ada wujud kemungkinan dalam menyumbang kepada perbezaan kompetensi kemahiran pentaksiran guru terutamanya melibatkan guru novis. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan interaksi demografi guru novis terhadap aspek kemahiran pentaksiran. Kemahiran pentaksiran diukur melalui skor terkumpul individu yang dibezakan melalui Model Pemerolehan Kemahiran Dreyfus (1980). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan jenis rentas melibatkan seramai 439 orang guru novis sekolah menengah sekitar negeri Selangor. Teknik pensampelan gabungan antara rawak strata berkadaran, rawak mudah dan berkelompok telah digunakan. Inventori Kemahiran Pentaksiran (IKP) dijadikan instrumen kajian setelah melalui proses kesahan dengan nilai Ave-CVI sebanyak 0.97 dan memenuhi andaian psikometrik oleh Model Rasch yang dianalisis menggunakan perisian Winsteps 4.5.2 berdasarkan indeks kebolehpercayaan dan indeks pengasingan. Seterusnya perisian SPSS versi 26 digunakan bagi tujuan analisis inferensi iaitu ujian-t bagi sampel tidak bersandar dan ujian ANOVA tiga hala. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor kemahiran pentaksiran guru novis berdasarkan gender, kategori novis dan kumpulan mata pelajaran. Selain itu, dapatan juga menunjukkan wujud interaksi secara tidak signifikan iaitu tidak terdapat kesan interaksi dua hala bagi ketiga-tiga pemboleh ubah bebas yang memberi kesan signifikan kepada skor kemahiran pentaksiran. Hasil analisis memberi gambaran bahawa wujud interaksi daripada pemboleh ubah lain yang memberi kesan kepada perbezaan kemahiran pentaksiran guru novis. Justeru, maklumat empirikal kajian ini menyumbang kepada pembangunan kompetensi guru baharu melalui sokongan dan pementoran ke arah keberhasilan murid dan prestasi sekolah secara keseluruhan. Kajian lanjutan boleh dilaksanakan melalui penerokaan baharu kajian interaksi secara kualitatif bagi menghuraikan konsep kemahiran pentaksiran dengan lebih terperinci.,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Kemahiran pentaksiran | |
dc.subject | Kompetensi guru | |
dc.subject | Guru novis | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Kesan interaksi demografi guru novis terhadap kemahiran pentaksiran | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 219 | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123133+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.77 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.