Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460101
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Khairi bin Zawi, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Mohd Zaidul Khairi Osman (P66388) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:38:47Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:38:47Z | - |
dc.date.issued | 2017-07-24 | |
dc.identifier.other | ukmvital:121719 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460101 | - |
dc.description | Kemahiran motor kasar ialah kemahiran pergerakan yang wujud secara generik dalam sistem motor manusia. Perkembangan kemahiran ini berlaku secara semula jadi tanpa banyak pengaruh daripada persekitaran perkembangan yang dilalui oleh seseorang individu. Dengan demikian, tahap perkembangan motor kasar secara tidak langsung boleh menjadi indikator terhadap potensi bakat sukan seseorang kanak-kanak. Kajian ini bertujuan menilai tahap perkembangan motor kasar murid awal persekolahan berlainan kategori sebagai proses saringan kepada bakat sukan di peringkat umur yang berkaitan. Sekolah berlainan kategori yang dimaksudkan melibatkan sekolah bandar, sekolah luar bandar dan sekolah orang asli di daerah Maran, Pahang. Peserta kajian terdiri daripada 180 orang murid-murid berumur enam hingga lapan tahun. Tahap perkembangan motor kasar diukur menggunakan instrumen Ulrich’s Test of Gross Motor Development Test versi 2000. Instrumen ini terdiri daripada 12 ujian yang dibahagikan kepada dua komponen kemahiran iaitu kemahiran lokomotor dan kemahiran manipulasi objek. Data dalam bentuk skor piawai dan indeks perkembangan motor kasar dian??lisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Kaedah statistik deskriptif melibatkan min dan sisihan piawai. Bagi aplikasi statistik inferensi, ujian-ujian andaian statistik melibatkan Ujian Shapiro-Wilk dan Ujian Hartley’s Fmax. ANOVA satu hala digunakan bagi set data yang boleh dianalisis menggunakan kaedah parametrik, manakala ujian Kruskal Wallis digunakan bagi set data yang terhad kepada kaedah bukan parametrik. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam konteks perbandingan tahap kemahiran lokomotor dalam kalangan peserta lelaki dan peserta perempuan. Perbezaan yang signifikan diperoleh untuk perbandingan tahap kemahiran manipulasi objek dalam kalangan peserta lelaki [df (2,87) = 3.432; p= .037] dan dalam kalangan peserta perempuan X2(2) = 8.379, p = .015. An??lisis indeks perkembangan motor kasar tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi perbandingan merentasi semua kumpulan umur dalam kalangan peserta lelaki mahupun peserta perempuan. Rumusannya, kadar perkembangan motor kasar kanak-kanak awal persekolahan di daerah Maran, Pahang adalah setara. Kanak-kanak yang tinggal di kawasan pendalaman dan kanak-kanak asli tidak mempamerkan apa-apa indikator bakat sukan yang menonjol berbanding kanak-kanak bandar. Dengan demikian, faktor demografi dan latar belakang keturunan seseorang kanak-kanak bukan merupakan pembolehubah kritikal di dalam proses mengenal pasti bakat sukan. Kata kunci : perkembangan motor kasar, kategori sekolah, kemahiran lokomotor, kemahiran manipulasi objek, program mengenal pasti bakat,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.subject | Sports -- Study and teaching | |
dc.subject | Child development | |
dc.subject | Sports for children | |
dc.subject | Physical education for children | |
dc.title | Perkembangan motor kasar sebagai indikator kepada bakat sukan kanak-kanak di peringkat awal persekolahan | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 66 | |
dc.identifier.callno | GV341.M677 2017 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003179 (2017) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121719+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.5 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.