Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460095
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Anuar Ahmad, En. | - |
dc.contributor.author | Malini Witmuishwara | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:38:39Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:38:39Z | - |
dc.date.issued | 2016-06-19 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:121295 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460095 | - |
dc.description | Kajian bertujuan untuk mengenal pasti sama ada aktiviti pengajaran berpusatkan bahan dalam pembelajaran sejarah murid tahun empat membawa perubahan atau impak positif terhadap pencapaian mata pelajaran sejarah dan konsep kendiri murid sekolah rendah daripada segi sosial, etika-moral dan akademik. Berdasarkan pendekatan Teori Perkembangan dan Pembelajaran Kognitif Piaget, objek atau pengalaman konkrit diperlukan dalam proses pembelajaran bagi peringkat umur kanak-kanak tujuh hingga sebelas tahun. Penggunaan objek konkrit membawa kepada pembelajaran kognitif yang terkandung skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi dan akomodasi. Sampel kajian melibatkan 36 orang dipilih secara persampelan bertujuan dari sebuah sekolah rendah di Shah Alam, Selangor. Reka bentuk kajian adalah kajian tindakan dengan menggunakan ujian post sahaja. Bagi alat kajian, borang soal selidik Tennessee Self-Concept Scale (TSCS): 2 borang kanak-kanak dan markat pencapaian mata pelajaran Sejarah digunakan untuk tujuan pengumpulan data. Penganalisisan data dibuat secara statistik deskriptif dan inferensi dengan menggunakan Program Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS 22.0). Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif untuk mengenal pasti tahap pencapaian mata pelajaran Sejarah dan konsep kendiri murid manakala statistik inferensi menggunakan ujian-t dua sampel tidak bersandar dan ANOVA sehala untuk mengukur perbezaan konsep kendiri murid daripada segi sosial, etika-moral dan akademik berdasarkan jantina dan pencapaian akademik. Keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan secara deskriptif, tahap pencapaian murid dalam mata pelajaran Sejarah dan konsep kendiri murid selepas mengikuti modul pembelajaran berpusatkan bahan di peringkat sederhana. Manakala secara inferensi, menunjukkan tidak ada perbezaan yang signifikan dalam konsep kendiri murid daripada segi sosial, etika-moral dan akademik berdasarkan jantina dan pencapaian akademik. Dapatan kajian menunjukkan aktiviti pengajaran berpusatkan bahan dalam pembelajaran sejarah sekolah rendah masih dianggap baharu dan memerlukan masa yang lebih lama untuk murid menyesuaikan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah. Naluri murid masih menganggap penggunaan bahan sebagai aktiviti keseronokan sahaja. Beberapa faktor telah dikenal pasti dan cadangan dikemukakan bagi membantu pihak berkaitan dan para guru sejarah dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan bahan bagi mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah. Kajian tindakan selanjutnya dicadangkan pula dengan memfokuskan aktiviti pengajaran berpusatkan bahan di luar bilik darjah iaitu melibatkan alam semula jadi bagi tujuan mempertingkatkan pencapaian mata pelajaran Sejarah dan konsep kendiri murid.,Tesis ini tiada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Teaching -- Aids and devices | - |
dc.subject | History -- Study and teaching | - |
dc.title | Aktiviti pengajaran berpusatkan bahan dalam pembelajaran sejarah murid tahun empat | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 150 | - |
dc.identifier.callno | LB1044.88.M335 2016 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003002 (2016) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121295+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.72 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.