Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460092
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Roslinda Rosli, Dr | - |
dc.contributor.author | Wreyana Mohd Hambari (P74966) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:38:34Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:38:34Z | - |
dc.date.issued | 2016-12-31 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:121286 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460092 | - |
dc.description | Penjanaan masalah (problem posing) merupakan aktiviti kognitif yang boleh dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran matematik. Kemahiran penjanaan masalah ini menggalakkan pembelajaran bermakna dan mencabar fikiran serta menggalakkan pemikiran aras tinggi, justeru menyumbang kepada perkembangan holistik seseorang individu. Menyampaikan isi pelajaran dan menggalakkan murid berfikiran kreatif dan kritis bukan sesuatu yang mudah dan tanggungjawab ini dipikul oleh guru. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penjanaan masalah guru secara keseluruhan dan berdasarkan pola rajah dan pola nombor. Selain daripada itu kajian ini juga bertujuan mengenalpasti jenis masalah yang dijana oleh guru-guru berdasarkan penghasilan masalah baru, meneroka idea penjanaan masalah dan juga apakah takrifan guru-guru tentang penjanaan masalah dalam matematik. Kajian dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Pendekatan kuantitatif dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan instrumen Penjanaan Masalah Matematik yang diadaptasikan daripada Bair dan Rich (2011). Mana kala pendekatan kualitatif dijalankan dengan menggunakan protokol temu bual berstruktur. Kajian ini menggunakan teknik persampelan mudah. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 21.0. Statistik deskriptif dijalankan dengan menggunakan frekuensi dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penjanaan masalah dalam kalangan guru sekolah menengah adalah pada tahap sederhana. Tahap penjanaan masalah guru sekolah menengah berdasarkan pola rajah dan pola nombor berada pada tahap sederhana. Manakala jenis penjanaan masalah baru berdasarkan penjanaan masalah baru pula menunjukkan guru-guru mampu menjana masalah tetapi masalah yang dijana tidak menjurus kepada pemikiran aras tinggi. Guru-guru mendapat idea dalam penjanaan masalah dari maklumat yang diperolehi daripada soalan, sumber yang pelbagai, tahap dan pengalaman dalam kehidupan. Kajian ini memberi implikasi terhadap pengajaran guru dalam bilik darjah. Sejajar dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia dan hasrat PPPM 2013-2025 mahu melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran aras tinggi, maka guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran penjanaan masalah agar pelajar yang dilahirkan mampu mengharungi kehidupan yang semakin mencabar. Kajian ini diharapkan dapat menyediakan maklumat bagi merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi pelajar.,Tesis ini tiada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Curriculum planning | - |
dc.subject | Educational technology | - |
dc.subject | Blended learning | - |
dc.title | Analisa penjanaan masalah matematik dalam kalangan guru-guru sekolah menengah di Seremban | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 88 | - |
dc.identifier.callno | LB2806.15.W734 2016 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003107 (2016) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121286+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.46 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.