Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460091
Title: | Amalan kepimpinan transformasi guru besar dan kualiti pengurusan sekolah rendah di Perlis |
Authors: | Ku Sahida Ku Shali (P71662) |
Supervisor: | Jamalul Lail Bin Abdul Wahab |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia School principals -- Malaysia Elementary school principals -- Malaysia School management and organization -- Malaysia |
Issue Date: | 1-Apr-2016 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan transformasi guru besar dan tahap pengurusan sekolah dari aspek pengurusan kurikulum, kokurikulum dan sukan serta hal ehwal murid (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia, 2010). Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap kepimpinan transformasi guru besar dan kualiti pengurusan sekolah rendah di Perlis. Kajian ini berbentuk kuantitatif di mana soal selidik Multi Factor Leadership Questionnare (MLQ) dan konstruk daripada Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 dijadikan sebagai instrumen kajian. Responden kajian terdiri daripada 331 orang guru dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, dan Sekolah Kebangsaan Agama/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di negeri Perlis. Analisis deskriptif (Min, taburan kekerapan, dan peratusan) dan analisis inferensi (Ujian MANOVA, Kruskal Wallis, dan Korelasi Pearson) digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan transformasi guru besar di sekolahsekolah rendah di Perlis berada pada tahap tinggi dengan nilai min keseluruhan adalah 3.89. Bagi tahap pengurusan kualiti sekolah rendah berdasarkan aspek pengurusan kurikulum, kokurikulum dan sukan serta hal ehwal murid (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia, 2010) juga berada pada tahap yang tinggi dengan min keseluruhan 4.07. Hasil kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara keempat-empat amalan kepimpinan transformasi guru besar dengan kualiti pengurusan sekolah dari persepsi guru dengan kekuatan hubungan yang sederhana.,Tesis ini tiada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”,Sarjana (Pendidikan) |
Pages: | 123 |
Call Number: | LB2831.926.M4K837 2016 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121124+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.27 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.