Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460088
Title: Amalan kepimpinan transformasional pengetua dan kepuasan kerja guru di SABK negeri Perak
Authors: Thalahuddin Abdullah (P73871)
Supervisor: Azlin Norhaini Mansor , Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Transformational leadership
Teachers -- Job satisfaction
Issue Date: 21-Jun-2016
Description: Kepimpinan transformasional mampu meningkatkan komitmen serta kepuasan kerja guru melalui nilai-nilai tertentu, seterusnya meningkatkan kecemerlangan sesebuah sekolah. Namun begitu, kesan kepimpinan transformasional di SABK dengan sejarah penubuhannya yang tersendiri serta melibatkan pengaruh pelbagai pihak berkepentingan masih kurang diberikan perhatian. Setelah hampir sedekad SABK dilaksanakan adalah penting untuk menilai pendekatan dan kualiti kepimpinan pengetua SABK. Ini kerana, SABK semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Islam disebabkan institusi pendidikan tersebut yang berlatarbelakangkan agama. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti amalan kepimpinan transformasional pengetua SABK daerah Kuala Kangsar dan daerah Larut, Matang dan Selama, Perak serta hubungannya dengan tahap kepuasan kerja guru. Data dikumpul melibatkan 184 guru dengan menggunakan instrument soal selidik Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ) Form 5X-Short (Avolio & Bass, 1995) yang telah diterjemah dan diubah suai manakala bagi kepuasan kerja adalah berdasarkan Teori Dua Faktor Herzberg. Kajian menunjukkan amalan kepimpinan transformasional pengetua SABK tersebut berada pada tahap tinggi dan begitu juga dengan tahap kepuasan gurunya juga pada tahap tinggi. Analisis kolerasi juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan transformasional pengetua terhadap kepuasan kerja guru. Bagi memastikan impak amalan kepimpinan transformasional yang optimum, pengetua SABK wajar memberikan penekanan kepada dimensi motivasi berinspirasi diikuti dengan karisma, stimulasi intelek dan pertimbangan individu. Kajian ini juga mendapati dimensi pertimbangan individu merupakan faktor peramal terhadap kepuasan kerja guru SABK. Dapatan ini wajar dijadikan panduan kepada pengetua SABK dalam usaha meningkatkan penarafan dan band sekolah selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 – 2025. Katakunci: Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK); Kepimpinan Transformasional; Kepuasan Kerja,Tesis ini tiada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”,Sarjana (Pendidikan)
Pages: 153
Call Number: LB2840.T483 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121116+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.89 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.