Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460084
Title: | Penilaian permentoran dalam program pembangunan guru baharu |
Authors: | Siti Nurzaida Rahayu Che Abdul (P71643) |
Supervisor: | Jamil Ahmad, Dr. |
Keywords: | Dissertations, Academic -- Malaysia Mentoring in education First year teachers |
Issue Date: | 11-Jul-2016 |
Description: | Kajian ini merupakan satu kajian penilaian terhadap Program Pembangunan Guru Baharu menggunakan model penilaian CIPP dengan mengambil kira komponen input, proses dan produk. Penilaian input merujuk kepada penilaian tahap kesesuaian modul manakala penilaian proses merujuk kepada pementoran dari aspek bimbingan terhadap pengajaran dan pembelajaran, hubungan antara mentor dengan guru baharu dan juga aspek pemantauan pelaksanaan program. Bagi penilaian produk pula, pengkaji memberi fokus kepada sikap guru baharu terhadap program pementoran dan kompetensi guru baharu terhadap profesion keguruan. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan digunakan sebagai pendekatan utama kajian. Sampel kajian terdiri daripada 62 orang guru baharu yang ditempatkan di Negeri Perlis pada tahun 2014. Analisis data dengan menggunakan Statistical Package for Social Science Version 18.0 for Windows (SPSS) menunjukkan Komponen input berada pada tahap sederhana dengan nilai min 3.21 (s.p=0.70). Bagi komponen proses didapati bahawa aspek bimbingan terhadap pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap tinggi dengan min 4.111 (s.p=0.442), aspek hubungan antara mentor dengan guru baharu adalah pada tahap sederhana tinggi dengan nilai min 3.69 (s.p=0.86), manakala aspek pemantauan pelaksanaan program berada pada tahap sederhana tinggi dengan nilai min 3.18 (s.p=0.97). Bagi penilaian produk pula, sikap guru baharu berada pada tahap sederhana rendah dengan nilai min 2.87 (s.p=1.05) dan kompetensi guru baharu terhadap profesion keguruan berada pada tahap sederhana rendah dengan nilai min 2.97 (s.p=1.28). Analisis inferensi dengan menggunakan ujian-t tidak bersandar menunjukkan bahawa bagi komponen proses terdapat perbezaan min yang signifikan bagi tahap hubungan guru baharu dengan mentor berdasarkan jenis sekolah (t= 3.09, p<0.05) dan tahap bimbingan mentor terhadap proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan jenis sekolah. Manakala bagi komponen produk pula tidak menunjukkan wujudnya sebarang perbezaan min yang signifikan sikap guru baharu terhadap program pementoran berdasarkan jenis sekolah dan tahap kompetensi guru baharu terhadap profesion keguruan berdasarkan jenis sekolah. Beberapa cadangan dikemukakan bagi meningkatkan lagi keberkesanan program. Antaranya penambahbaikan dalam proses pemantauan program dan kualiti bimbingan terhadap guru baharu perlu dipertingkatkan.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana (Pendidikan) |
Pages: | 125 |
Call Number: | LB1731.4.S576 2016 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121081+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.51 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.