Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460081
Title: Pelaksanaan latihan dalam perkhidmatan dan hubungannya dengan kepuasan kerja
Authors: Mazlan Sirat (P79216)
Supervisor: Mohd Izham Mohd Hamzah, Prof. Madya Dr.
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
Job satisfaction
Work environment
Issue Date: 2-Aug-2017
Description: Latihan merupakan pendekatan pembelajaran secara formal yang dilaksanakan oleh organisasi dalam membekalkan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan kepada warganya. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menentukan tahap, mengenal pasti perbezaan dan mengenal pasti hubungan pelaksanaan latihan dalam perkhidmatan (LDP) dan kepuasan kerja guru. Kajian berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan di mana alat kajiannya adalah soal selidik diaplikasikan dalam kajian ini. Soal selidik tersebut mempunyai 29 item merangkumi empat konstruk kajian dari LDP iaitu mengadakan kajian keperluan latihan, mengadakan sesi pemantapan kandungan latihan, melaksanakan latihan berasaskan sekolah dan mengkaji keberkesanan latihan. Tiga konstruk lagi dari kepuasan kerja iaitu penyeliaan, rakan sekerja dan peluang kenaikan pangkat yang mempunyai 20 item soal selidik. Populasi kajian adalah seramai 264 orang guru dari tiga buah sekolah rendah berstatus “Sekolah Berprestasi Tinggi” di WP Putrajaya.. Data kajian dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan nilai min, sisihan piawai, frekuensi dan peratus. Manakala statistik inferensi melibatkan pengujian hipotesis yang menggunakan ANOVA sehala dan kolerasi Pearson melalui perisian Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 22. Hasil kajian mendapati keseluruhan nilai min adalah berada pada tahap tinggi iaitu bagi pelaksanaan latihan dalam perkhidmatan (min=4.13) dan kepuasan kerja guru (min=4.26). Hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pengalaman mengajar dan kekerapan menghadiri latihan terhadap pelaksanaan latihan dalam perkhidmatan. Malah kekerapan menghadiri latihan juga menunjukkan perbezaan yang signifikan terhadap kepuasan kerja guru. Manakala pekali kolerasi Pearson yang mengukur hubungan di antara dua pemboleh ubah bersandar menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan pada tahap sederhana. Berdasarkan hasil kajian tersebut, terdapat beberapa implikasi utama dalam pelaksanaan LDP dan kepuasan kerja guru. Implikasi kajian adalah dari aspek mengadakan analisis keperluan latihan, di mana perlu diberi penekanan dan perhatian khusus dalam meneliti perkara-perkara penting seperti pengalaman mengajar guru, pengkhususan bidang pengajaran guru dan kekerapan guru menghadiri latihan dalam meningkatkan prestasi dan kepuasan semasa bekerja. Kesimpulannya latihan yang mengikut keperluan guru mampu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran malah akan menghasilkan kepuasan kerja yang berterusan.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana
Pages: 122
Call Number: HF5549.5.J63M349 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121061+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.98 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.