Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460068
Title: Penilaian terhadap kebolehgunaan aplikasi M-solat dalam pembelajaran Pendidikan Islam
Authors: Surina Akmal Abdul Sattai (P54023)
Supervisor: Mohd. Isa Hamzah, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertation
Dissertations, Academic -- Malaysia
Educational technology -- Malaysia.
Islamic education -- Malaysia
Issue Date: 7-Sep-2017
Description: Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menilai kebolehgunaan aplikasi Mobile Solat Jamak dan Qasar (M-Solat) bagi kegunaan pelajar Islam sekolah menengah. Penilaian ini akan mengupas tahap penilaian pelajar sekolah menengah terhadap MSolat yang mana isi kandungannya berdasarkan buku teks tingkatan dua bagi tajuk jamak dan qasar. Aplikasi M-solat ini pula menggunakan perisian Learning Mobile Author 4.4.114 bagi penghasilan aplikasi berformat Java untuk dimuatkan ke dalam telefon pintar. Model ADDIE digunakan sebagai metodologi pembinaan aplikasi ini yang terdiri daripada lima fasa iaitu Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian. Semua fasa dalam model ini melibatkan pengulangan proses penilaian dan penambahbaikan semula bagi setiap fasa. Satu kajian rintis juga telah dijalankan untuk menguji kebolehpercayaan instrumen sebelum kajian sebenar dijalankan. Nilai Alpha Cronbach yang diperolehi bagi instrumen kajian ini adalah 0.933. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan borang soal selidik bagi menilai kebolehgunaan aplikasi M-Solat dalam aspek isi kandungan, teknikal, kepuasan pengguna, kebolehbelajaran. Responden kajian terdiri daripada pelajar Islam seramai 31 orang yang merupakan pelajar sekolah menengah sekitar Putrajaya. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian SPSS 20. Statistik deskriptif berasaskan min dan peratus digunakan untuk menilai data yang diperolehi daripada hasil penilaian sumatif oleh responden. Kajian ini juga menggunakan kaedah temubual untuk mengukuhkan dapatan kajian. Seramai 7 orang peserta kajian telah dipilih dalam kalangan pengguna iaitu pelajar tingkatan tiga dan pemilihan ini berdasarkan persampelan bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan tahap penggunaan aplikasi ini. Setelah temu bual dijalankan, audio temu bual kemudiannya telah ditranskrip dan dianalisis menggunakan perisian Nvivo. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden bersetuju aplikasi ini mempunyai reka bentuk yang bersesuaian, isi kandungan menepati konsep m-pembelajaran, bebas dari masalah teknikal, memenuhi kepuasan pengguna dan kebolehbelajaran. Dapatan menunjukkan responden bersetuju bahawa aplikasi ini boleh dijadikan bahan bantu pembelajaran kepada pelajar dalam memahami tajuk Solat Jamak dan Qasar dengan lebih mendalam. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa modul yang dibangunkan menepati keperluan pengguna terutamanya dari aspek kebolehgunaannya. Diharapkan modul yang dibangunkan ini akan dapat memberi pendedahan awal kepada pelajar terhadap m-pembelajaran dalam bidang pendidikan terutamanya Pendidikan Islam.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 160
Call Number: LB1028.3.S849 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120908+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.16 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.