Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460066
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRuhizan Muhammad Yasin, Prof Dr.-
dc.contributor.authorNor'aidah Nordin (P59148)-
dc.date.accessioned2023-09-13T09:37:59Z-
dc.date.available2023-09-13T09:37:59Z-
dc.date.issued2016-03-11-
dc.identifier.otherukmvital:120905-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460066-
dc.descriptionKajian berbentuk perbandingan penyebab (causal comparative) ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan dan hubungan bagi pengetahuan dan kemahiran pengajaran Sains secara inkuiri bagi guru yang telah melaksanakan Lesson Study dan guru yang tidak melaksanakan Lesson Study mengikut pengalaman mengajar guru. Kajian telah dijalankan ke atas 240 orang guru Sains tingkatan satu yang terdiri daripada 64 orang guru yang telah melaksanakan Lesson Study dan 176 orang guru yang tidak melaksanakan Lesson Study. Instrumen soal selidik dan protokol temu bual telah digunakan dalam kajian ini. Analisis deskriptif dengan penentuan min dan sisihan piawai, serta analisis inferensi seperti ujian t tidak bersandar, analisis korelasi Pearson dan analisis korelasi Spearman telah digunakan untuk mencapai tujuan kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan dan hubungan yang signifikan secara statistik bagi pengetahuan dan kemahiran pengajaran Sains secara inkuiri bagi kedua-dua kumpulan guru. Guru yang melaksanakan Lesson Study didapati mempunyai pengetahuan dan kemahiran pendekatan inkuiri yang lebih tinggi berbanding guru yang tidak melaksanakan Lesson Study. Kajian juga mendapati kekuatan hubungan yang sederhana negatif antara pengetahuan dan kemahiran pengajaran secara inkuiri dengan pengalaman mengajar bagi kedua-dua kumpulan guru. Dapatan temu bual pula mendapati sesi refleksi dan komponen kolaboratif dalam Lesson Study membantu menambah baik pengajaran Sains secara inkuiri dalam kalangan guru yang ditemu bual. Temu bual juga mendapati antara cabaran dalam melaksanakan Lesson Study dan pengajaran Sains secara inkuiri ialah kekangan masa dan sikap guru. Dapatan kajian ini memberi implikasi yang menyokong pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan. Pihak pentadbir dan pengurusan tertinggi sekolah pula boleh menggunakan dapatan kajian ini untuk memajukan pembelajaran murid dan meningkatkan profesionalisme guru.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertation-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectTeachers -- Training of -- Malaysia-
dc.subjectScience -- Study and teaching-
dc.subjectObservation (Educational method)-
dc.titlePerbandingan pengetahuan dan kemahiran kaedah inkuiri guru Sains dalam pelaksanaan Lesson Study-
dc.typetheses-
dc.format.pages195-
dc.identifier.callnoLB2157.N646 2016 tesis-
dc.identifier.barcode003046 (2016)-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120905+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.61 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.