Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460061
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorEffandi bin Zakaria, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorNorhidayah Addenan (P69065)-
dc.date.accessioned2023-09-13T09:37:53Z-
dc.date.available2023-09-13T09:37:53Z-
dc.date.issued2015-11-29-
dc.identifier.otherukmvital:120864-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460061-
dc.descriptionKajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap penekanan pengajaran guru matematik terhadap kefahaman konsep dan strategi kognitif peringkat tinggi. Reka bentuk kajian ialah kajian deskriptif. Seramai 15 orang guru dari empat buah sekolah di Daerah Pasir Gudang, Johor dipilih sebagai responden kajian. Guru-guru yang dipilih merupakan guru yang mengajar subjek Matematik Tingkatan Dua. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah borang senarai semak dengan 5 mata skala Likert dan protokol temu bual. Borang senarai semak ini mempunyai dua bahagian iaitu Bahagian A tentang latar belakang responden dan Bahagian B tentang pemerhatian terhadap pengajaran responden yang mengandungi 21 item. Data yang diperoleh daripada pemerhatian dianalisis menggunakan statistik deskriptif seperti min, frekuensi dan peratusan. Dapatan yang diperoleh daripada temu bual juga dianalisis bagi membantu pengkaji membuat penjelasan. Dapatan kajian menunjukkan purata min penekanan guru terhadap kefahaman konsep dan maksud dalam pengajaran matematik adalah sederhana (m=2.98). Bagi purata min penekanan guru terhadap penggunaan strategi kognitif peringkat tinggi dalam pengajaran matematik adalah juga sederhana (m=2.79). Bagi dapatan temu bual sebelum pemerhatian menunjukkan kebanyakan responden kurang menganggap dirinya sebagai tempat rujukan pelajar, responden lebih mengharapkan pelajar memberi respon yang baik dan dapat memahami konsep matematik. Manakala dapatan temu bual selepas pemerhatian menunjukkan terdapat sebilangan responden yang masih merasakan pelajar tidak dapat membina pengetahuan. Namun responden memberi beberapa cadangan yang boleh meningkatkan pencapaian dan pembelajaran pelajar. Justeru, dapatan kajian ini memberi implikasi terhadap guru-guru matematik agar sentiasa mempunyai strategi pengajaran yang lebih berkesan dan boleh membantu meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectThought and thinking -- Study and teaching-
dc.subjectMathematics -- Study and teaching-
dc.titlePengajaran konsep dan penggunaan strategi kognitif peringkat tinggi dalam kalangan guru matematik Sekolah Menengah-
dc.typetheses-
dc.format.pages106-
dc.identifier.callnoLB1591.N637 2015 tesis-
dc.identifier.barcode003004 (205)-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120864+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.31 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.