Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460054
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhammad Hussin, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorMd Nazri Rahim (P61260)-
dc.date.accessioned2023-09-13T09:37:43Z-
dc.date.available2023-09-13T09:37:43Z-
dc.date.issued2015-11-24-
dc.identifier.otherukmvital:120773-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460054-
dc.descriptionPentaksiran berasaskan sekolah (PBS) adalah pentaksiran yang dijalankan oleh guru terhadap pelajar dan menjadi pelengkap kepada pentaksiran di peringkat pusat. Kajian ini memberi fokus kepada pelaksanaan PBS berbentuk kerja kursus bagi mata pelajar ekonomi di tingkatan enam yang mula dilaksanakan pada tahun 2013. Permasalahan pelaksanaan PBS meliputi aspek pengetahuan, kemahiran, sikap, latihan, bebanan tugas, pemantauan serta kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran. Berdasarkan pemasalahan tersebut tujuan kajian ini untuk : (1) memerihalkan tahap kesediaan guru dari aspek pengetahuan, kemahiran, kepercayaan, sikap, kemahuan, dan latihan; (2) memerihalkan tahap amalan guru dari aspek amalan pentaksiran; (3)memerihalkan tahap kesediaan dan amalan guru berdasarkan jantina, lokasi sekolah dan pengalaman mengajar. Sampel kajian terdiri dari 73 orang guru ekonomi di Negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Data telah dikumpul dengan menggunakan soal selidik melalui kaedah tinjauan (survey) dan kemudian dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 19. Hasil kajian ini menunjukkan hampir semua pemboleh ubah yang dikaji menunjukkan min tahap sederhana : aspek pengetahuan (min 3.77), aspek kemahiran (min 3.53), kepercayaan (min 3.60), aspek sikap (min 3.72), aspek kemahuan (min 3.39), aspek latihan (min 3.14), aspek amalan pentaksiran formatif (min 4.04), aspek amalan pentaksiran sumatif (min 3.82) dan aspek bimbingan (min 3.88). Analisis Pearson pula menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kesediaan guru dengan tahap amalan guru dalam melaksanakan PBS (KK) manakala ujian Mann Whitney-U dan Kruskal Wallis mendapati tidak terdapat perbezaan tahap kesediaan dan tahap amalan guru berdasarkan jantina, lokasi sekolah dan pengalaman mengajar. Guru tetap melaksanakan PBS sebagai memenuhi kehendak pentadbiran. Cadangan penambahbaikan PBS adalah berkaitan dengan guru, pelajar, kurikulum dan penilaian dimana penekananya kepada latihan dan pemantauan. Hasil kajian ini boleh menyumbang kepada perancangan untuk latihan, pemantauan dan penilaian pelaksanaan PBS masa depan.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectAcademic achievement -- Malaysia-
dc.subjectEducational tests and measurements -- Malaysia-
dc.subjectEffective teaching-
dc.subjectGrading and marking (Students)-
dc.titleKesediaan dan amalan guru ekonomi tingkatan enam dalam melaksanakan pentaksiran kerja kursus berasaskan sekolah-
dc.typetheses-
dc.format.pages159-
dc.identifier.callnoLB3058.M4M846 2015 tesis-
dc.identifier.barcode003016 (2015)-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120773+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.08 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.