Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460029
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNorasmah Othman, Prof. Dr.
dc.contributor.authorMarlina Ngah Nasir (P88719)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:37:07Z-
dc.date.available2023-09-13T09:37:07Z-
dc.date.issued2019-12-19
dc.identifier.otherukmvital:118770
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460029-
dc.descriptionSekolah berperanan sebagai agen ke arah membentuk dan memperkukuhkan hubungan pelbagai etnik bagi mengekal dan mempertingkatkan nilai perpaduan dalam kalangan warganya. Suasana di sekolah yang menempatkan murid berbilang bangsa, kaum dan etnik adalah lokasi terbaik memupuk perpaduan dan bukannya menjadi tempat 'menyemai' api perkauman serta perpecahan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau pelaksanaan program RIMUP dalam mempertingkat dan memperkukuhkan nilai perpaduan dalam kalangan guru dan murid di sekolah menengah dengan menggunakan model penilaian Logik. Kajian ini dijalankan secara tinjauan berbentuk kuantitatif. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang mengandungi 135 item untuk mengukur konstruk input, aktiviti/proses dan output. Seramai 342 sampel terlibat sebagai responden kajian yang terdiri guru termasuk pentadbir di sekolah menengah dan teknik persampelan yang digunakan adalah kaedah persampelan rawak mudah. Dapatan analisis menunjukkan tahap input bagi aspek pengurusan pentadbiran adalah tinggi manakala aspek kemudahan infrastruktur berada pada berada pada tahap sederhana tinggi. Hasil dapatan tahap aktiviti/proses bagi aspek perancangan, pelaksanaan dan penilaian pula masing-masing adalah sederhana tinggi manakala tahap output bagi aspek kerjasama, toleransi dan persefahaman pula adalah pada tahap tinggi. Di samping itu, analisis mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengurusan pentadbiran dan kemudahan infrastruktur berdasarkan jantina. Begitu juga dengan perbezaan tahap aktiviti/proses berdasarkan jantina, hasil analisis mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Manakala tahap output juga tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina. Selain daripada itu, dapatan kajian juga menunjukkan tahap input memberi sumbangan terhadap tahap proses/aktiviti dan output dalam program RIMUP. Oleh yang demikian, peranan semua pihak adalah penting bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program RIMUP agar ia dapat dijalankan secara bersepadu, terancang dan berterusan. Hal ini menunjukkan bahawa nilai perpaduan dapat dipupuk dan disemai tidak hanya bergantung kepada peranan guru dan murid serta kemudahan infrastruktur sekolah semata-mata malah aspek perancangan, pelaksanaan serta penilaian juga perlu diberi perhatian sewajarnya bagi memastikan aktiviti berkaitan peningkatan nilai kerjasama, perpaduan serta toleransi dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan harmoni.,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectEducation and state -- Malaysia
dc.subjectMulticultural education -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePenilaian program rancangan integrasi murid untuk perpaduan (RIMUP) di sekolah menengah
dc.typetheses
dc.format.pages157
dc.identifier.callnoLC94.M4M377 2019 tesis
dc.identifier.barcode004637(2020)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118770+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.36 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.