Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460022
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Mahzan Awang, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Noor Atikah Nordin (P91251) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:36:57Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:36:57Z | - |
dc.date.issued | 2020-01-23 | |
dc.identifier.other | ukmvital:118760 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460022 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sumbangan strategi motivasi dan penglibatan mahasiswa Universiti Awam dalam pembelajaran terhadap hasil pembelajaran kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Kajian ini menggunakan Model ARCS yang mencakupi konstruk perhatian, relevan, keyakinan dan kepuasan bagi amalan strategi motivasi pengajaran. Sementara itu, bagi amalan pembelajaran TITAS pula adalah berasaskan Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (HIEPs) yang terkandung dalam setiap amalan pembelajaran kursus TITAS iaitu penglibatan mahasiswa dalam sesi kuliah, tugasan berkumpulan, tugasan individu dan tugasan projek. Manakala, hasil pembelajaran kursus TITAS pula merangkumi tiga aspek iaitu menghuraikan peranan nilai ketamadunan, mempamerkan kebolehan komunikasi sosial dalam kepelbagaian landskap budaya dan terakhir membahaskan elemen ketamadunan dengan isu kemasyarakatan. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap amalan strategi motivasi, penglibatan mahasiswa dan matlamat pembelajaran kursus TITAS. Kemudian, mengenalpasti samaada terdapat perbezaan tahap amalan strategi motivasi, penglibatan mahasiswa dan hasil pembelajaran kursus TITAS berdasarkan demografi iaitu jantina dan etnik. Manakala, kajian juga meneliti sumbangan amalan strategi motivasi dan penglibatan mahasiswa terhadap hasil pembelajaran kursus TITAS. Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik. Pemilihan sampel dibuat secara rawak berstrata yang mengambil kira jantina dan etnik. Sampel kajian terdiri daripada 400 orang pelajar. Instrumen soal selidik diedarkan kepada mahasiswa di lima buah Universiti Awam iaitu bagi mengutip data. Hasil kajian rintis menggunakan analisis Alpha Cronbach bagi semua konstruk adalah berada di tahap kebolehpercayaan yang tinggi iaitu antara 0.73 hingga 0.90. Manakala, analisis data pula menggunakan statistik deskriptif iaitu min dan sisihan piawai dan analisis inferensi menggunakan Ujian MANOVA Sehala dan Regrasi dengan menggunakan Statistical Package Social Science (SPSS) Versi 23.0. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan tahap strategi motivasi dan penglibatan mahasiswa berada pada tahap sederhana tinggi. Hasil pembelajaran kursus pula berada pada tahap yang tinggi. Hasil analisis ujian MANOVA sehala menujukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan aspek-aspek amalan strategi motivasi pengajaran, penglibatan mahasiswa dan hasil pembelajaran dalam kursus TITAS berdasarkan jantina. Namun, perbezaan berdasarkan etnik pula hanya terdapat dalam aspek hasil pembelajaran sahaja. Manakala analisis regrasi menunjukkan sumbangan strategi motivasi bagi konstruk relevan terhadap penglibatan mahasiswa adalah yang paling tinggi. Penglibatan mahasiswa dalam tugasan projek pula merupakan penyumbang dominan kepada hasil pembelajaran Kursus TITAS. Implikasi kajian mendapati pentingnya kepelbagaian strategi motivasi dalam amalan pengajaran penyarah agar dapat melahirkan mahasiswa yang aktif sekaligus dapat mencapai hasil pembelajaran kursus TITAS.,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Islamic universities and colleges -- Malaysia | |
dc.subject | Islamic education -- Malaysia | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Strategi motivasi dan penglibatan mahasiswa universiti awam dalam pembelajaran kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 157 | |
dc.identifier.callno | LC910.M4N636 2020 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004630(2020) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_118760+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.77 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.