Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460020
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Izham Hj. Mohd Hamzah, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorFaridah Darus (P63721)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:36:55Z-
dc.date.available2023-09-13T09:36:55Z-
dc.date.issued2017-06-20
dc.identifier.otherukmvital:118423
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460020-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepimpinan transformasi pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru MRSM di negeri Sabah. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap kepimpinan transformasi pengetua dan kepuasan kerja guru, perbezaan kepimpinan transformasi pengetua mengikut pengalaman mengajar guru dan lokasi sekolah (MRSM), kepuasan kerja guru mengikut pengalaman mengajar guru dan lokasi sekolah (MRSM) dan hubungan kepimpinan transformasi pengetua dengan kepuasan kerja guru. Reka bentuk kajian adalah kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan. Sampel kajian ialah 169 orang guru MRSM di negeri Sabah. Soal selidik diubah suai dari Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ) digunakan bagi melihat kepimpinan transformasi pengetua. Bagi mengukur kepuasan kerja guru soal selidik diubah suai dari MLQ (Multi Factor Leadership Questionnaire Form 5X-Rater) menggunakan perisian SPSS 22.0. Dapatan kajian menunjukkan kepimpinan transformasi pengetua mengikut persepsi guru yang paling tinggi ialah pengaruh yang ideal, motivasi berinspirasi, rangsangan intelek dan pertimbangan individu. Kepuasan kerja dalam kalangan guru yang paling tinggi ialah dimensi usaha, dimensi efektif dan dimensi kepuasan. Tidak terdapat perbezaan kepimpinan transformasi pengetua mengikut pengalaman mengajar. Terdapat perbezaan yang signifikan kepimpinan transformasi pengetua mengikut lokasi dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepuasan kerja dalam kalangan guru mengikut pengalaman mengajar. Juga terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan transformasi pengetua mengikut persepsi guru dengan kepuasan kerja guru. Implikasi kajian ialah pengetua perlu diberi pendedahan atau latihan khususnya tentang kepimpinan transformasi bagi keperluan organisasi bagi mempertingkatkan keberkesanan dalam pentadbiran dan meningkatkan kepuasan kerja guru serta mampu mewujudkan MRSM yang cemerlang. Hasil kajian dapat disimpulkan bahawa kepimpinan transformasi pengetua diamalkan di MRSM dan ada hubungannya dengan kepuasan kerja guru.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectCollege teachers
dc.subjectLeadership
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKepimpinan transformasi pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru Maktab Rendah Sains Mara di Negeri Sabah
dc.typetheses
dc.format.pages142
dc.identifier.callnoLB1778.4.M4F337 2017 tesis
dc.identifier.barcode004594(2020)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118423+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
664.95 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.