Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460017
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Izham Mohd Hamzah, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNorlita Ishak (P88851)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:36:51Z-
dc.date.available2023-09-13T09:36:51Z-
dc.date.issued2020-06-03
dc.identifier.otherukmvital:118048
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460017-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan perancangan strategik dan amalan membuat keputusan dalam kalangan pentadbir sekolah menengah. Selain itu, kajian ini juga mengkaji hubungan dan sumbangan amalan perancangan strategik dan amalan membuat keputusan pentadbir. Reka bentuk kajian ini ialah kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan. Populasi pentadbir di zon Shah Alam adalah seramai 190 orang. Sampel kajian seramai 146 orang pentadbir dipilih terdiri daripada pengetua, penolong-penolong kanan dan guru-guru kanan mata pelajaran dari 18 buah sekolah menengah harian di zon Shah Alam. Analisis kajian dibuat menggunakan SPSS Versi 23.0 (Statistical Package for Social Science Version 23.0). Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan perancangan strategik adalah tinggi, terdiri dari aspek-aspek menjalankan pra perancangan dengan nilai (min=4.14), menentukan hala tuju (min=4.17), analisis persekitaran dalaman dan luaran (min=4.18), menentukan isu, objektif dan KPI (min= 4.20), menggubal strategi (min=4.19), melaksana strategi (min=4.20) serta menilai prestasi dan penambahbaikan berterusan (min=4.16). Manakala amalan membuat keputusan menunjukkan tahap sederhana bagi kebanyakan aspek iaitu mengenal pasti masalah dengan nilai (min=3.31), menjana alternatif (min=3.05), menilai alternatif (min=3.02), memilih alternatif (min=2.89), melaksana keputusan (min=2.91) dan menilai keputusan (min=3.56). Dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan amalan perancangan strategik berdasarkan umur, pengalaman mengajar dan kehadiran kursus. Bagi amalan membuat keputusan pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan umur namun wujud perbezaan dari segi pengalaman dan kehadiran kursus. Dapatan kajian juga menunjukkan hubungan yang kuat antara amalan perancangan strategik dan amalan membuat keputusan. Terdapat juga sumbangan amalan perancangan strategik terhadap amalan membuat keputusan. Dapatan menunjukkan aspek menentukan isu, objektif dan KPI; melaksana strategi dan menggubal strategi merupakan peramal bagi amalan membuat keputusan dalam kalangan pentadbir sekolah menengah di zon Shah Alam. Implikasi kajian ini dapat memberi nilai tambah kepada para pentadbir terhadap amalan perancangan strategik dan amalan membuat keputusan melalui program SIP+ serta program Trasformasi Daerah untuk memastikan perancangan strategik sekolah berjalan seiring dengan pengajaran guru dan pembelajaran murid abad ke 21. Kesimpulannya amalan perancangan strategik pentadbir yang dilaksanakan ke arah yang lebih baik dapat mewujudkan peningkatan dalam gaya dan kemahiran dalam amalan membuat keputusan mereka ke arah peningkatan prestasi sekolah.,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectSchool management and organization -- Malaysia
dc.subjectEducational leadership -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleAmalan perancangan strategik dan hubungannya dengan amalan membuat keputusan dalam kalangan pentadbir sekolah menengah kebangsaan di zon Shah Alam
dc.typetheses
dc.format.pages274
dc.identifier.callnoLB2965.M4N647 2020 tesis
dc.identifier.barcode004562(2020)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118048+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.51 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.