Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460013
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Norasmah Othman, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Salwana Mahamud (P92464) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:36:46Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:36:46Z | - |
dc.date.issued | 2020-02-21 | |
dc.identifier.other | ukmvital:118045 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460013 | - |
dc.description | Kajian ilmiah ini adalah bertujuan untuk membina dan mengesahkan instrumen kecerdasan menghadapi cabaran teknologi (A-TECH) dalam kalangan remaja. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan melibatkan tiga fasa iaitu reka bentuk ujian, pembinaan instrumen, dan pengesahan instrumen. Teori Respon Item (TRI) iaitu Model Rasch digunakan dalam fasa pengesahan instrumen. Data dianalisis menggunakan perisian Winsteps 3.73. Adversity Quotient (AQ) diukur berdasarkan Model CORE yang melibatkan empat konstruk iaitu kawalan, kepunyaan, jangkauan dan ketahanan. Sampel dipilih berdasarkan pensampelan rawak mudah yang melibatkan tiga daerah di negeri Selangor. Seterusnya sampel dikelompokkan kepada tiga strata iaitu jenis sekolah, umur dan jantina. Analisis pengujian item kali pertama yang dijalankan ke atas 160 responden menunjukkan 61 item daripada 110 item telah digugurkan kerana tidak memenuhi ciri psikometrik berdasarkan Model Rasch. Kajian tinjauan melibatkan 660 responden menunjukkan 58 item mempunyai kualiti pengukuran yang baik. Nilai PTMEA Corr adalah antara 0.29 hingga 0.55. Manakala nilai MNSQ infit dan outfit adalah berada antara 0.75 hingga 1.43. Analisis unidimensi menunjukkan nilai varian mentah yang dijelaskan oleh pengukuran adalah melebihi 20% dan nilai eigen adalah 3.7. Bagi analisis kebebasan setempat nilai yang ditunjukkan adalah -0.25 hingga 0.41. Profil AQ murid secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana. Justeru kajian ini menyumbang kepada pembentukkan instrumen A-TECH yang berkualiti dan boleh digunakan oleh pihak sekolah bagi tujuan mengenal pasti tahap AQ murid. Pengesanan tahap AQ murid di peringkat awal dapat membantu guru untuk tujuan bimbingan dan pemantapan. Instrumen A-TECH dicadangkan untuk dijadikan sebagai salah satu alat ukur penilaian kendiri murid.,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Success -- Psychological aspects | |
dc.subject | Self-management (Psychology) | |
dc.subject | Work -- Psychological aspects | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pembinaan dan pengesahan instrumen kecerdasan menghadapi cabaran teknologi (A-TECH) dalam kalangan remaja | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 255 | |
dc.identifier.callno | BF637.S8S235 2020 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004559(2020) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_118045+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 4.85 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.