Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460010
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ruhizan Mohammad Yasin, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Vinothiny Ramachandram (P92571) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:36:42Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:36:42Z | - |
dc.date.issued | 2020-02-13 | |
dc.identifier.other | ukmvital:118010 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460010 | - |
dc.description | Kemahiran menulis adalah kemahiran yang paling susah berbanding dengan kemahiran-kemahiran lain dalam pembelajaran Bahasa Inggeris. Pelajar mengalami kesukaran untuk mempratikkan aktiviti menulis apabila diminta menulis secara individu dan diberikan tempoh untuk melaksanakannya. Ini menjejaskan prestasi pelajar dalam aspek penulisan dan menimbulkan kebimbangan menulis dalam kalangan pelajar. Penggunaan media sosial, terutamanya dalam aktiviti menulis telah membawa impak positif dalam hasil penulisan pelajar. Oleh demikian, kajian ini bertujuan untuk mensintesiskan dapatan kajian keberkesanan penulisan kolaboratif yang menggunakan tiga media sosial yang popular, iaitu Wiki, Blog dan Facebook melalui kaedah meta-analisis. Pencarian literatur telah dilaksanakan dalam tiga belas pangkalan data bagi tempoh penerbitan dari 2003 hingga 2018. Hasil pencarian telah menyumbang kepada 179 artikel dalam bentuk artikel jurnal, disertasi dan artikel prosiding. Selepas proses penelitian, hanya 25 artikel yang telah menepati kriteria kelayakan bagi kajian meta analisis ini. Saiz kesan bagi pencapaian penulisan secara keseluruhan ialah 1.392 dan saiz kesan bagi kebimbangan menulis adalah 0.613. Manakala, keputusan bagi setiap komponen pencapaian penulisan, iaitu kandungan, organisasi, mekanik, dan tatabahasa menunjukkan saiz kesan yang sederhana dan kosa kata pula menunjukkan saiz kesan yang kecil. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penulisan kolaboratif menggunakan media sosial sangat berkesan dalam meningkatkan pencapaian dalam penulisan Bahasa Inggeris dan mengurangkan kebimbangan menulis dalam kalangan pelajar. Kajian juga mendapati bahawa media sosial yang paling berkesan dan paling popular sebagai alat penulisan kolaboratif adalah Wiki berbanding dengan Blog dan Facebook. Implikasi kajian dan cadangan kajian lanjutan juga dibincangkan.,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | English language -- Rhetoric -- Study and teaching | |
dc.subject | English language -- Ability testing | |
dc.subject | Academic writing -- Evaluation | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Keberkesanan penulisan kolaboratif menggunakan media sosial terhadap pencapaian penulisan dan kebimbangan menulis bahasa Inggeris: satu kajian meta-analisis | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 155 | |
dc.identifier.callno | PE1404.V536 2020 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004556(2020) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_118010+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.39 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.