Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460008
Title: Kebimbangan matematik, konsep kendiri, persekitaran pembelajaran, dan pencapaian algebra dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi
Authors: Faridah Aripin (P92495)
Supervisor: Siti Mistima Maat, Dr.
Keywords: Math anxiety
Mathematics -- Study and teaching
Self-help techniques
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-Feb-2020
Description: Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan pengaruh kebimbangan matematik, konsep kendiri, dan persekitaran pembelajaran terhadap pencapaian algebra pelajar institusi pengajian tinggi. Responden dipilih berdasarkan kaedah pensampelan rawak mudah melibatkan 251 orang pelajar dari dua buah institusi pengajian tinggi awam di dalam daerah Kajang, Selangor. Borang soal selidik kajian ini mengandungi faktor demografi pelajar, kebimbangan matematik, konsep kendiri matematik, pengaruh persekitaran pembelajaran, dan ujian pencapaian algebra. Statistik deskriptif dan inferensi digunakan untuk menganalisis data kajian. Nilai min dan sisihan piawai digunakan untuk mengenal pasti tahap, manakala ujian-t, ANOVA sehala, korelasi, regresi, digunakan untuk menentukan perbezaan, hubungan, dan pengaruh setiap pemboleh ubah. Dapatan kajian menunjukkan, hanya faktor persekitaran menunjukkan min skor yang berbeza bagi tahap pencapaian pelajar mengikut jantina dan institusi pengajian tinggi. Manakala pelajar yang cemerlang dalam subjek matematik dan matematik tambahan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia menunjukkan skor min yang lebih baik bagi kebimbangan matematik, konsep kendiri, dan pencapaian algebra. Ujian–t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kebimbangan matematik, dan konsep kendiri, dengan jantina pelajar. Ujian–t juga menunjukkan hanya faktor kebimbangan matematik sahaja yang mempunyai perbezaan yang signifkan terhadap institusi pengajian tinggi pelajar. Ujian ANOVA terhadap faktor – faktor kebimbangan matematik, konsep kendiri, persekitaran pembelajaran, dan pencapaian algebra terhadap pencapaian matematik tambahan menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi semua faktor kecuali persekitaran pembelajaran. Manakala ujian korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kebimbangan matematik dan konsep kendiri dengan pencapaian algebra pelajar. Ujian regresi menunjukkan, komponen konsep kendiri merupakan peramal utama bagi pencapaian algebra pelajar. Maka, dengan dapatan kajian ini, para pendidik diharap dapat mengambil perhatian terhadap faktor – faktor yang boleh mempengaruhi pencapaian pelajar khususnya dalam algebra. Oleh itu, penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik perlu sejajar dengan pelan pendidikan kebangsaan yang menekankan kemahiran dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik.,Sarjana Pendidikan
Pages: 137
Call Number: QA11.2.F337 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118003+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
21.98 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.