Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460006
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Harun Baharudin, Dr. | |
dc.contributor.author | Siti Alawiah Sahri (P92486) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:36:38Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:36:38Z | - |
dc.date.issued | 2020-03-10 | |
dc.identifier.other | ukmvital:117999 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460006 | - |
dc.description | Pembangunan modal insan kreatif merupakan salah satu elemen penting dalam pendidikan. Walau pun kreativiti pengajaran guru dalam membantu murid menguasai kemahiran berbahasa sering diketengahkan, amalan kreativiti pengajaran guru terhadap murid minoriti bukan Melayu yang mempelajari bahasa Arab di peringkat awal persekolahan jarang dibincangkan. Oleh itu, kajian ini bertujuan meninjau kesediaan guru bahasa Arab dari aspek pengetahuan, kemahiran, dan sikap mereka terhadap amalan kreativiti pengajaran murid minoriti bukan Melayu serta hubungan dan sumbangannya terhadap amalan kreativiti pengajaran guru bahasa Arab murid minoriti bukan Melayu. Seramai 103 daripada 140 orang guru yang mengajar bahasa Arab murid minoriti bukan Melayu di sekolah kebangsaan meliputi zon Bangsar Pudu, Keramat, dan Sentul dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan instrumen soal selidik. Analisis deskriptif digunakan bagi menjelaskan profil responden berdasarkan kekerapan, peratusan, min, dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan kesediaan guru bahasa Arab terhadap amalan kreativiti pengajaran murid minoriti bukan Melayu secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi. Kesediaan yang tersebut meliputi tiga konstruk utama iaitu pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang setiap satunya berada pada tahap tinggi. Amalan kreativiti pengajaran guru bahasa Arab juga berada pada tahap tinggi. Hasil analisis inferensi pula menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana tinggi antara kesediaan guru dari aspek pengetahuan, dan hubungan yang tinggi dari aspek kemahiran dan sikap guru dengan amalan kreativiti pengajaran guru bahasa Arab murid minoriti bukan Melayu. Manakala kemahiran dan sikap guru pula merupakan peramal terhadap amalan kreativiti guru bahasa Arab murid minoriti bukan Melayu. Kajian ini dijangka dapat memberi input baharu kepada warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk merencana program-program secara terperinci khususnya berkaitan kreativiti pengajaran bahasa Arab murid minoriti bukan Melayu. Di samping itu, dapatan kajian turut membantu usaha memberi persepsi positif kepada pengajaran bahasa Arab murid minoriti bukan Melayu. Secara tidak langsung, usaha ini juga dapat meningkatkan kefahaman guru bahasa Arab tentang kreativiti pengajaran seterusnya memperbaiki kualiti pengajaran mereka terhadap murid minoriti bukan Melayu.,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Arabic language -- Study and teaching -- Malaysia | |
dc.subject | Arabic language -- Study and teaching (Secondary) -- Malaysia | |
dc.subject | Arabic language -- Study and teaching -- Malay speakers | |
dc.subject | Arabic language -- Study and teaching -- Malaysia -- Foreign | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.title | Kesediaan guru bahasa Arab terhadap amalan kreativiti pengajaran murid minoriti bukan Melayu | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 155 | |
dc.identifier.callno | PJ6068.M4S568 2020 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004552(2020) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117999+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.88 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.