Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460003
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzlin Norhaini Mansor, Dr.
dc.contributor.authorMohd Zabil Ikhsan Mohamed Nasaruddin (P92561)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:36:34Z-
dc.date.available2023-09-13T09:36:34Z-
dc.date.issued2020-03-11
dc.identifier.otherukmvital:117997
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460003-
dc.descriptionPerancangan pendidikan merupakan elemen penting dalam menentukan hala tuju masa hadapan pendidikan ke arah yang lebih baik dan berdaya saing di peringkat global. Transformasi Tingkatan Enam dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merupakan satu perancangan pendidikan lepas menengah yang menjenamakan semula pendidikan Tingkatan Enam kepada persekitaran baharu yang setanding dengan pendidikan prauniversiti. Penjenamaan semula pendidikan Tingkatan Enam melibatkan persekitaran baharu dalam aspek iklim sekolah dan efikasi guru. Oleh itu, kajian tinjauan dijalankan untuk mengenal pasti tahap serta pengaruh iklim sekolah terhadap efikasi guru di Pusat Tingkatan Enam Mod 1, Mod 2 dan Mod 3. Iklim sekolah diukur berdasarkan tiga dimensi iaitu fizikal, akademik dan sosial manakala efikasi guru pula diukur berdasarkan tiga dimensi iaitu penglibatan pelajar, strategi pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan bilik darjah. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan dua instrumen soal selidik yang diadaptasi daripada Model Iklim Sekolah Yegoh (2017) untuk mengkaji iklim sekolah dan Teachers’ Sense of Efficacy Scale 1 (2001) untuk mengkaji efikasi guru. Responden kajian terdiri daripada 695 orang guru Tingkatan Enam yang sedang berkhidmat di Pusat Tingkatan Enam Negeri Selangor. Dapatan kajian menunjukkan tahap iklim sekolah dan tahap efikasi guru di semua Pusat Tingkatan Enam berada pada tahap yang tinggi. Analisis ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap iklim sekolah di Pusat Tingkatan Enam Mod 1 dan Mod 3. Analisis korelasi pula mendapati terdapat hubungan positif yang kuat antara iklim sekolah dengan efikasi guru Tingkatan Enam. Dimensi sosial dan akademik menyumbang secara signifikan terhadap efikasi guru sebanyak 38 peratus. Sementara, dimensi fizikal tidak menyumbang secara signifikan terhadap efikasi guru. Oleh itu, aspek-aspek penting yang menyumbang kepada iklim sekolah perlu diberi perhatian sewajarnya bagi memastikan perancangan transformasi dapat dilaksanakan seperti yang dihasratkan.,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectSchool environment
dc.subjectClassroom environment
dc.subjectEducational leadership
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePengaruh iklim sekolah terhadap efikasi guru Tingkatan Enam di Selangor
dc.typetheses
dc.format.pages216
dc.identifier.callnoLC210.M634 2020 tesis
dc.identifier.barcode004550(2020)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117997+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.14 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.