Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460000
Title: | Kemahiran bacaan awal Bahasa Melayu kanak-kanak mengikut etnik di sebuah tadika, Baling Kedah |
Authors: | Nurul Usaila Mohamad Zain (P 71606) |
Supervisor: | Norshidah Salleh, Dr. |
Keywords: | Reading Education (Preschool) Malay language Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 2016 |
Description: | Kemahiran bacaan adalah penting bagi semua kanak-kanak. Hal ini kerana, penguasaan bacaan awal di peringkat kanak-kanak ini dapat membantu mereka supaya lebih bersedia untuk menerima pendidikan secara formal di peringkat sekolah rendah. Kajian ini, membincangkan tentang kemahiran bacaan awal Bahasa Melayu 7 orang kanak-kanak yang pelbagai etnik di sebuah tadika swasta, daerah Baling, Kedah. Kajian ini merupakan kajian kes yang dijalankan secara temubual dan pemerhatian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah borang senarai semak, protokol temubual dan melalui rakaman video. Responden kajian terdiri daripada 2 orang guru, 2 orang ibu bapa dan 7 orang kanak-kanak ; 2 orang kanak-kanak Melayu, 2 orang kanak-kanak Cina, 2 orang kanak-kanak Siam dan seorang kanak-kanak kaum Pribumi. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui kemahiran bacaan awal kanak-kanak Prasekolah yang dikaji. Selain itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kemahiran bacaan awal kanak-kanak tersebut yang berbeza etnik. Hasil kajian menunjukkan tidak ada perbezaan dalam kemahiran bacaan awal kanak-kanak bagi etnik Melayu, Cina, Siam dan kaum Peribumi. Kajian ini menunjukkan terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemahiran bacaan awal kanak-kanak yang dikaji iaitu minat dan pergaulan kanak-kanak serta pengaruh ibu bapa. Hasil analisis ditemubual menunjukkan kanak-kanak Melayu tidak dapat menguasai kemahiran bacaan awal kerana mereka kurang berminat terhadap buku. Hasil kajian pemerhatian melalui rakaman video pula mendapati pergaulan dan minat mempengaruhi kemahiran bacaan awal kanak-kanak. Guru menggunakan pelbagai kaedah dalam pengajaran bacaan awal kanak-kanak di tadika tersebut. Antaranya ialah kaedah bacaan ulangan, kaedah bacaan mudah dan kaedah bercerita. Implikasi kajian menunjukkan bahawa kemahiran bacaan awal adalah sangat penting kepada semua kanak-kanak tanpa mengira etnik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 169 |
Call Number: | LB1050.N837 2016 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117202+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 883.68 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.