Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459990
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSuziyani Mohamed, Dr.
dc.contributor.authorMuhamad Shahlyme Abd Wahid (P84873)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:36:17Z-
dc.date.available2023-09-13T09:36:17Z-
dc.date.issued2019-07-26
dc.identifier.otherukmvital:117019
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459990-
dc.descriptionPenguasaan matematik adalah penting dalam kalangan murid pemulihan (MPK) di sekolah rendah. Statistik tahun 2017 menunjukkan pencapaian matematik MPK semakin merosot terutamanya dalam penguasaan asas operasi darab. Tujuan kajian tindakan ini mengkaji pelaksanaan Kit Magic Maths (KMM) dalam membantu MPK menguasai kemahiran asas operasi darab. Pembangunan KMM mengaplikasi model ADDIE. Pengkaji menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif dengan Model Kemmis dan McTaggart dilaksanakan sebanyak dua peringkat kitaran. KMM telah digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) kemahiran asas operasi darab ke atas dua orang murid Tahun 2 dengan teknik persampelan bertujuan di sebuah sekolah di daerah Kuala Pilah. Tahap penguasaan di ukur dengan menggunakan ujian matematik. Borang senarai semak pemerhatian dan temu bual separa berstruktur juga digunakan untuk mendapatkan maklumat tahap pencapaian murid. Analisis data kuantitatif digunakan untuk melihat peratusan tahap penguasaan sebelum dan selepas menggunakan KMM. Analisis data secara kualitatif dijalankan bagi melihat elemen pembelajaran koperatif dan kebolehgunaan KMM daripada persepsi murid dalam meningkatkan penguasaan asas operasi darab. Data dapatan kajian dianalisis menggunakan analisis penghuraian data dalam bentuk teks. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan peserta A dan peserta B semasa pelaksanaan KMM meningkat berbanding tahap penguasaan peserta sebelum menggunakan KMM. Hasil kajian ini diharap dapat menyumbang ke arah penyelidikan pembangunan KMM dan boleh diguna pakai oleh guru bagi menilai semula PdP matematik dalam bilik darjah. Oleh itu, pelaksanaan KMM dilihat dapat membantu MPK meningkatkan tahap penguasaan asas operasi darab dengan lebih baik berbanding sebelumnya di samping menarik minat murid terhadap mata pelajaran Matematik.,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectMathematics -- Study and teaching (Primary)
dc.subjectSpecial education -- Malaysia
dc.subjectChildren with disabilities -- Malaysia
dc.subjectGifted children -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePelaksanaan kit “Magic Maths” bagi meningkatkan penguasaan asas operasi darab murid pemulihan khas
dc.typetheses
dc.format.pages194
dc.identifier.callnoQA135.5.M834 2019 tesis
dc.identifier.barcode004438(2020)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117019+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.24 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.