Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459984
Title: Pembinaan rubrik pentaksiran On Job Training (organisasi) Diploma Teknologi Pembinaan, Kolej Vokasional di Malaysia
Authors: Nurhafizah Abdul Musid (P88420 )
Supervisor: Haryanti Mohd Affandi, Dr.
Keywords: Vocational guidance -- Malaysia
Vocational guidance
Employees -- Training of
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 18-May-2019
Description: Rubrik pentaksiran On Job Training (OJT) (Organisasi) merupakan instrumen yang digunakan bagi mentaksir prestasi pelajar semasa menjalani OJT di organisasi latihan. Namun, rubrik pentaksiran OJT (Organisasi) sedia ada lebih memberi tumpuan kepada aspek kompetensi insaniah. Oleh itu, kajian ini bertujuan membina rubrik pentaksiran On Job Training (OJT) (Organisasi) Diploma Teknologi Pembinaan, Kolej Vokasional di Malaysia dengan mengambil kira aspek kompetensi teknikal dan juga kompetensi insaniah. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah gabungan penerangan berurutan. Bagi kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan, kaedah persampelan yang digunakan ialah persampelan rawak. Instrumen yang digunakan bagi kajian kuantitatif ialah soal selidik yang ditadbir kepada kontraktor G4 hingga G7 dan dianalisis menggunakan Model Pengukuran Rasch. Model Pengukuran Rasch digunakan untuk menganalisis kebolehpercayaan item dan responden, Item Measure, analisis komponen prinsipal, item polariti dan kesesuaian item. Dapatan analisis mendapati kebolehpercayaan item ialah .87 dan kebolehpercayaan responden ialah .97. Seterusnya, 33 item diterima melalui Item Measure sebagai elemen rubrik pentaksiran manakala analisis komponen prinsipal menunjukkan kewujudan konstruk unidimensi. Melalui item polariti pula, semua item berfungsi dalam arah yang sama bagi mengukur konstruk yang dibina. Dapatan analisis Model Pengukuran Rasch juga menunjukkan 3 item misfit berdasarkan nilai outfit/infit MNSQ dan indeks Z-Standard. Kajian kualitatif pula menggunakan reka bentuk kajian kes yang melibatkan kaedah persampelan bertujuan. Instrumen bagi kajian kualitatif ialah protokol perbincangan kumpulan berfokus yang dijalankan terhadap kontraktor G4 hingga G7 dan dianalisis secara manual. Dapatan kajian ini menghasilkan rubrik pentaksiran OJT (Organisasi) yang meliputi kompetensi teknikal dan kompetensi insaniah dengan jumlah 32 elemen. Kompetensi teknikal yang terdapat dalam rubrik pentaksiran ini mempunyai 3 konstruk iaitu pelaksanaan pentadbiran tapak pembinaan, pelaksanaan kerja kejuruteraan struktur, dan pelaksanaan pengurusan pembinaan awam dan struktur. Bagi kompetensi insaniah pula, terdapat 5 konstruk iaitu kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran berpasukan, etika dan moral profesional dan kemahiran kepemimpinan . Kajian ini menunjukkan keperluan kedua-dua kompetensi iaitu kompetensi teknikal dan kompetensi insaniah bagi melahirkan penyelia pembinaan yang kompeten. Oleh itu, rubrik pentaksiran OJT (Organisasi) yang dibina ini diharap dapat digunakan oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam mentaksir prestasi pelajar semasa OJT bagi Diploma Teknologi Pembinaan.,Sarjana Pendidikan
Pages: 256
Call Number: HF5382.5.M4N837 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117012+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
7.32 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.