Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459980
Title: Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran prasains menerusi pendekatan inkuiri: satu kajian kes
Authors: Nur Imani Ahmad Puaad (P84591)
Supervisor: Faridah Yunus, Dr.
Keywords: Science -- Study and teaching (Preschool)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 15-Aug-2019
Description: Pendekatan pembelajaran inkuiri merupakan pendekatan yang berorientasi penyertaan aktif kanak-kanak dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PDP). Kajian prasains berorientasi inkuiri kurang dilaksanakan dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. Oleh itu, tujuan kajian adalah untuk meneroka aktiviti pdp prasains inkuiri di tadika yang menggunakan modul pembelajaran khusus prasains. Seramai lapan orang guru, dan 120 kanak-kanak yang berumur lima hingga enam tahun di dua buah tadika terlibat dalam kajian. Modul Little Scientist(LS) dan instrumen penaksiran perkembangan kognitif Assessment, Evaluation, and Programming System(3-6)(AEPS and Programming System(3-6)(AEPS:3-6) telah digunakan semasa pemerhatian naturalistik di tadika yang telah dijalankan sebanyak lapan kali selama dua bulan. Semasa pemerhatian naturalistik yang dilakukan, data yang dikumpul adalah berbentuk audio, teks dari rekod berterusan dan juga foto berkaitan dokuman dan alat bantuan mengajar (ABM). Data kualitatif menerusi pemerhatian dianalisis mengikut tema pendekatan pembelajaran secara inkuiri 5E(Engagemnet, exploration, explanation, elaboration dan evaluation) serta kriteria aktiviti daripada senarai semak AEPS and Programming System(3-6)(AEPS:3-6. Seterusnya data pemerhatian juga dianalisis secara kuantitatif menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa teknik pengajaran secara inkuiri tidak diaplikasikan secara menyeluruh dan masih banyak lagi aktiviti yang berorientasikan guru walaupun telah disediakan modul LS. Aktiviti pdp yang menggalakkan perkembangan kognitif kanakkanak kurang digabung jalinkan walaupun terdapat pelbagai ABM disediakan. Walaupun kedua-dua tadika mengaplikasikan modul LS, namun masih terdapat beberapa faktor yang boleh ditambah baik dari sudut latihan guru dan pengurusan tadika. Kajian berkaitan dengan latihan guru dan pengurusan tadika perlu dilaksanakan pada masa hadapan untuk menambah baik pdp prasains berorientasi inkuiri.,Sarjana Pendidikan
Pages: 176
Call Number: LB1140.5.S35N837 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_116899+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
903.7 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.