Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459966
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZamri Mahamod, Prof. Dr.
dc.contributor.authorAinun Rahmah Iberahim (P81358)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:35:48Z-
dc.date.available2023-09-13T09:35:48Z-
dc.date.issued2019-09-06
dc.identifier.otherukmvital:116885
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459966-
dc.descriptionKajian yang dijalankan ini untuk mengenal pasti sikap dan tahap penguasaan pelajar terhadap kemahiran abad 21 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan empat. Kemahiran abad 21 merupakan kemahiran pembelajaran yang penting dan sangat diperlukan oleh pelajar untuk berdaya saing pada abad ini. Kemahiran abad 21 dapat dikaitkan dengan pelbagai elemen yang diperlukan pada zaman yang penuh dengan teknologi ini. Hal ini meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran sains dan teknologi, kemahiran berfikir, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, serta kemahiran 3M (Membaca, Mengira dan Menulis). Kajian ini berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Instrumen kajian menggunakan skala Likert 1 hingga 5. Data dianalisis menggunakan Statistic Package For Social Science (SPSS) versi 23.0. Soal selidik terbahagi kepada enam bahagian, iaitu Bahagian A: maklumat demografi, Bahagian B: sikap pelajar terhadap pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Bahasa Melayu, serta Bahagian C, D, E, dan F: konstruk kemahiran abad 21. Pemilihan sampel adalah secara rawak. Seramai 320 orang pelajar tingkatan empat dari empat buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Tanah Merah, Kelantan dipilih sebagai sampel kajian. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif, iaitu min dan sisihan piawai untuk melihat tahap sikap pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Manakala, analisis inferensi pula menggunakan korelasi Pearson untuk mengkaji hubungan sikap dengan pencapaian pelajar dalam Bahasa Melayu apabila menggunakan kemahiran abad 21 di dalam kelas. Keputusan analisis deskriptif mendapati tahap sikap dan tahap penguasaan kemahiran abad 21 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi. Keputusan analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang kuat antara sikap dengan pencapaian pelajar apabila mengaplikasikan kemahiran abad 21 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kesimpulannya, pelaksanaan kemahiran abad 21 dalam pembelajaran Bahasa Melayu bukan sahaja memberi kepentingan kepada pelajar malah turut memberi impak yang positif kepada guru Bahasa Melayu.,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectMalay language -- Grammar
dc.subjectMalay language -- Study and teaching
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleSikap dan kemahiran abad 21 pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan empat
dc.typetheses
dc.format.pages146
dc.identifier.callnoPL5076.5.M3A386 2019 tesis
dc.identifier.barcode004417(2020)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_116885+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.64 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.