Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459963
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Jamil Ahmad, Dr. | - |
dc.contributor.author | Salina Murtedza (P47580) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:35:44Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:35:44Z | - |
dc.date.issued | 2012-06-20 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:115211 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459963 | - |
dc.description | Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) di sekolah-sekolah Malaysia. Penilaian ini adalah berasaskan kepada model CIPP dengan memberikan fokus kepada aspek input, proses dan produk. Penilaian input diasaskan kepada sumber manusia dan sumber bukan manusia. Penilaian proses memberi fokus kepada proses-proses yang terlibat dalam pelaksanaan program iaitu aspek-aspek pengurusan, pemantauan, pelaporan, penilaian dan pengiktirafan. Penilaian produk pula membandingkan pencapaian matlamat (dengan apa yang telah digariskan dalam Buku Modul Aktiviti RIMUP) berdasarkan pengukuran sikap murid selepas mengikuti program RIMUP. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan lapangan serta persampelan berperingkat. Responden kepada instrumen soal selidik yang digunakan adalah terdiri daripada 584 orang murid-murid yang pernah mengikuti program RIMUP di 70 buah sekolah rendah dalam daerah Sepang dan Kuala Langat, Selangor. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) 11.5 for Windows. Data kajian yang dianalisis secara deskriptif menunjukkan bahawa tahap keberkesanan input yang diasaskan kepada sumber manusia dan sumber bukan manusia adalah sederhana. Keberkesanan proses pelaksanaan program RIMUP didapati juga di tahap sederhana, manakala tahap keberkesanan produk (yang membandingkan pencapaian matlamat RIMUP iaitu melahirkan generasi Malaysia yang berilmu, bersemangat muhibah, memiliki jiwa dan peribadi unggul serta mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu demi kesejahteraan negara) berdasarkan pengukuran sikap murid selepas mengikuti program RIMUP didapati tinggi. Data kajian yang dianalisis secara inferensi pula mendapati tidak terdapat perbezaan signifikan dari segi input bagi pelaksanaan program untuk semua jenis sekolah. Walau bagaimanapun, didapati terdapat perbezaan signifikan dari segi proses pelaksanaan program mengikut jenis sekolah. Bagi hipotesis kajian yang dibina dari aspek sikap murid, didapati terdapat perbezaan sikap murid yang signifikan selepas mengikuti program RIMUP berdasarkan bangsa dan jenis sekolah. Dapatan kajian ini membawa kepada rumusan bahawa hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan perpaduan dalam kalangan murid-murid berbilang kaum di Malaysia boleh dicapai sekiranya pihak-pihak yang terlibat secara lebih bersungguh berusaha meningkatkan input serta memperbaiki proses pelaksanaan program.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Islamic education -- Education (Primary) -- Malaysia | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Penilaian program rancangan integrasi murid untuk perpaduan (RIMUP) | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 140 | - |
dc.identifier.callno | LC910.M4S238 2012 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002556(2012) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_115211+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 883.23 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.