Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459959
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNor Aishah Buang, Prof. Dr.
dc.contributor.authorSaliza Sidek (P54001)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:35:39Z-
dc.date.available2023-09-13T09:35:39Z-
dc.date.issued2012-09-06
dc.identifier.otherukmvital:115206
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459959-
dc.descriptionKejayaan perniagaan keluarga sering dikaitkan dengan keupayaan untuk mengekalkan perniagaan dalam pasaran untuk tempoh yang panjang. Oleh itu proses pewarisan yang berkesan memainkan peranan penting untuk membangunkan pewaris bagi meneruskan legasi perniagaan keluarga mereka daripada satu generasi kepada generasi berikutnya. Pewarisan perniagaan keluarga PKS dibincangkan berdasarkan tiga aspek iaitu kesediaan pewaris, perhubungan antara keluarga dan perniagaan serta aktiviti perancangan dan kawalan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti perbezaan antara ketiga-tiga pemboleh ubah ini berdasarkan status bumiputera dan bukan bumiputera. Selain itu, ketiga-tiga pemboleh ubah ini juga dikaji untuk mengenal pasti hubungannya dengan kelancaran proses peralihan dan seterusnya kepada prestasi perniagaan selepas peralihan. Seramai 70 orang pewaris perniagaan keluarga di sekitar Kuala Terengganu dipilih sebagai sampel kajian. Data telah dianalisis menggunakan SPSS (Statistical Package For Social Science version 18.0). Analisis ujian Khi Kuasa Dua, ujian-t dan ujian Mann-Whitney U digunakan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara pemboleh ubah kajian. Manakala untuk menentukan sama ada terdapat perhubungan yang signifikan antara pemboleh ubah kajian, ujian Pekali Kontigensi, ujian Korelasi Pearson dan Spearman rho digunakan. Hasil kajian dari aspek kesediaan pewaris menunjukkan dimensi pendidikan formal, kedudukan jawatan pertama dan pengalaman bekerja di luar adalah berbeza antara perniagaan keluarga bumiputera dan bukan bumiputera. Skor min tahap perhubungan antara keluarga dan perniagaan serta kelancaran proses peralihan adalah lebih tinggi bagi perniagaan keluarga bumiputera berbanding dengan bukan bumiputera. Manakala dari aspek perancangan dan kawalan serta prestasi perniagaan, perniagaan keluarga bukan bumiputera adalah lebih baik berbanding bumiputera. Hasil kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi kedudukan jawatan pertama serta perhubungan keluarga dan perniagaan dengan kelancaran proses peralihan. Manakala kelancaran proses peralihan tidak mempunyai hubungan yang signifikan antara dengan prestasi perniagaan selepas peralihan. Kajian ini diharap dapat membantu pihak pengurusan perniagaan keluarga membangunkan bakal pewaris di samping mengenal pasti aspek-aspek pengurusan pewarisan yang berkesan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectFamily-owned business enterprises -- Succession
dc.subjectFamily-owned business enterprises -- Management
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePewarisan perniagaan keluarga perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan prestasi perniagaan selepas peralihan
dc.typetheses
dc.format.pages197
dc.identifier.callnoHD62.25.S238 2012 tesis
dc.identifier.barcode002551(2012)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_115206+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
22.52 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.