Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459958
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZolkepeli Harun-
dc.contributor.authorSalwa Baba (P40566)-
dc.date.accessioned2023-09-13T09:35:38Z-
dc.date.available2023-09-13T09:35:38Z-
dc.date.issued2012-03-22-
dc.identifier.otherukmvital:115205-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459958-
dc.descriptionTujuan kajian adalah untuk mengkaji hubungan antara pendekatan pengajaran guru Biologi dan pendekatan pembelajaran pelajar dengan pencapaian dalam mata pelajaran Biologi. Kajian ini adalah kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif. Dua soal-selidik digunakan untuk mendapatkan data daripada 347 orang responden pelajar dan 73 orang responden guru. Pemboleh ubah bebas terdiri daripada jantina pelajar dan pengalaman guru. Pemboleh ubah bersandar yang dikaji ialah pendekatan pengajaran berpusatkan guru (PMBG), pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar (PKBP), pendekatan pembelajaran mendalam (PM), pendekatan pembelajaran permukaan (PP) dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Biologi. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Hasil daripada statistik deskriptif menunjukkan guru Biologi lebih cenderung mengaplikasikan pendekatan penyampaian maklumat/berpusatkan guru (PMBG) daripada pendekatan perubahan konsep/berpusatkan pelajar (PKBP). Manakala pelajar lebih cenderung menggunakan pendekatan mendalam (PM) daripada pendekatan permukaan (PP) dalam pembelajaran Biologi. Hasil daripada Ujian-t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dari segi amalan pendekatan pembelajaran mendalam (PM). Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dari segi amalan pendekatan pembelajaran permukaan (PP). Pelajar lelaki menunjukkan amalan pendekatan pembelajaran permukaan (PP) lebih tinggi daripada pelajar perempuan. Hasil daripada analisis ANOVA sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pendekatan penyampaian maklumat/berpusatkan guru (PMBG) dan pendekatan perubahan konsep/berpusatkan pelajar (PKBP) dalam ketiga-tiga kategori pengalaman mengajar mata pelajaran Biologi. Hasil analisis Korelasi Pearson menunjukkan hubungan yang sangat lemah dan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kedua-dua pendekatan pengajaran guru PMBG dan PKBP dengan pencapaian pelajar. Bagaimanapun, terdapat hubungan yang signifikan antara pendekatan pembelajaran mendalam (PM) pelajar dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Biologi. Analisis Korelasi Pearson juga menunjukkan hubungan yang sangat lemah dan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara PMBG dengan PM, antara PMBG dengan PP, antara PKBP dengan PM dan antara PKBP dengan PP.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectAcademic achievement-
dc.subjectBiology -- Study and teaching-
dc.subjectEducational tests and measurements-
dc.subjectTeacher effectiveness-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleHubungan antara pendekatan pengajaran guru biologi dan pendekatan pembelajaran pelajar dengan pencapaian dalam mata pelajaran biologi-
dc.typetheses-
dc.format.pages167-
dc.identifier.callnoLB1062.6.S238 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002550(2012)-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_115205+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
903.37 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.