Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459956
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRohaty Mohd Majzub, Prof. Dr.
dc.contributor.authorSariza Said (P51156)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:35:36Z-
dc.date.available2023-09-13T09:35:36Z-
dc.date.issued2012-07-05
dc.identifier.otherukmvital:115189
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459956-
dc.descriptionKajian ini dijalankan untuk menentukan pengetahuan guru terhadap kepentingan tulisan tangan, menilai tulisan tangan, teknik pengajaran tulisan tangan, sumber pengajaran yang digunakan dan masalah-masalah pengajaran tulisan tangan murid prasekolah. Kajian kuantatif ini melibatkan seramai 97 orang guru-guru prasekolah di daerah Hulu Langat. Kajian ini menggunakan alat kajian berupa soal selidik. Kajian rintis dengan melibatkan 30 orang responden telah dijalankan bagi melihat kesahan dan kebolehpercayaan alat kajian.Nilai alfa yang diperoleh adalah di antara 0.812 hingga 0.919. Analisis dapatan kajian menggunakan bantuan SPSS 16.0. Analisis deskriptif dan analisis inferensi digunakan dalam kajian ini. Analisis deskriptif menggunakan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Analisis inferensi pula dengan melibatkan ujian t independent dan ujian Anova satu hala. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepentingan tulisan tangan dan penilaian tulisan tangan guru prasekolah berada pada tahap yang tinggi. Masalah dan teknik pengajaran yang dilakukan oleh guru dalam pengajaran tulisan tangan pula berada pada tahap yang sederhana. Terdapat perbezaan yang signifikan kepentingan tulisan tangan, penilaian tulisan tangan dan strategi pengajaran tulisan tangan berdasarkan latihan dalam bidang prasekolah. Manakala bagi masalah tulisan tangan pula, tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan latihan dalam bidang prasekolah. Terdapat perbezaan yang signifikan penilaian tulisan tangan dan teknik pengajaran tulisan tangan berdasarkan pengalaman mengajar. Manakala bagi kepentingan tulisan tangan dan masalah tulisan tangan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan pengalaman mengajar. Selain itu juga, didapati lebih ramai guru menggunakan buku kerja sebagai bahan rujukan dalam proses pengajaran tulisan tangan. Diharapkan dapatan kajian ini dapat dijadikan sebagai satu rujukan untuk mengkaji dalam mengenal pasti kemahiran tulisan tangan dalam kalangan murid prasekolah. Pengetahuan guru sangat diperlukan dalam mengajarkan kepada murid bagaimana cara untuk menghasilkan tulisan tangan yang betul. Dapatan kajian ini memberikan cadangan kepada institut latihan guru supaya lebih meningkatkan lagi pengetahuan guru prasekolah dalam usaha meningkatkan kemahiran tulisan kanak-kanak.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectPenmanship -- Study and teaching (Preschool
dc.subjectMotor ability in children
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePengajaran tulisan tangan daripada perspektif guru-guru Prasekolah
dc.typetheses
dc.format.pages137
dc.identifier.callnoLB1140.5.P4S246 2012 tesis
dc.identifier.barcode002534(2012)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_115189+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
791.75 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.