Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459952
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFaridah Yunus, Dr.
dc.contributor.authorAndriani (P79087)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:35:31Z-
dc.date.available2023-09-13T09:35:31Z-
dc.date.issued2018-02-05
dc.identifier.otherukmvital:113716
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459952-
dc.descriptionPenaksiran autentik adalah suatu kaedah yang sistematik bagi memperoleh pelbagai maklumat melalui pemerhatian naturalistik yang dapat menilai atau mengukur pencapaian dan kemajuan serta perkembangan seseorang kanak-kanak. Penaksiran autentik bertujuan merancang pembelajaran individu kanak-kanak dengan mengenal pasti keperluan, bantuan atau perkhidmatan khusus. Kajian semasa bertujuan mengenal pasti amalan penaksiran autentik guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK), serta mengenal pasti amalan penaksiran autentik guru pendidikan awal kanak-kanak di Aceh Utara mengikut domain perkembangan kanak-kanak. Seterusnya, mengenal pasti kekangan yang dihadapi mereka dalam melaksanakan penaksiran autentik. Kajian ini dijalankan melalui tiga fasa iaitu pertama, kajian amalan penaksiran ke atas 70 orang guru PAKK; fasa kedua, mengkaji dokumen guru ke atas enam guru PAKK yang terpilih dan ketiga mengkaji kekangan daripada perspektif lima orang guru dalam melaksanakan penaksiran autentik. Dalam fasa pertama, menggunakan kaedah tinjauan; fasa kedua, dokumen kelengkapan yang digunakan dikaji menggunakan teknik analisis dokumen dan fasa ketiga kaedah temubual. Fasa pertama menggunakan borang soal selidik, senarai semak digunakan dalam fasa pertama, dan fasa ketiga menggunakan protokal temubual. Analisis fasa pertama dan kedua menggunakan statistik deskriptif. Data kajian fasa ketiga dianalisis secara kaedah kualitatif. Dapatan kajian soal selidik menunjukkan kerangka tindakan penaksiran autentik PAKK Indonesia adalah sesuai dengan konsep dan teori perkembangan kanak-kanak. Daripada 85.71 peratus guru masih belum melaksanakan penaksiran autentik dan belum mengaplikasikan konsep domain perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh seperti yang disarankan dalam blueprint. Dapatan kajian temu bual telah mengenal pasti kekangan yang dihadapi oleh guru iaitu pengaruh dan permintaan daripada keluarga yang menginginkan anaknya boleh membaca, menulis dan mengira serta pengujian yang menggunakan ujian bertulis dan gred. Seterusnya kebiasaan guru dalam melaksanakan pengajaran berasaskan pensel dan kertas serta ujian bertulis, kurangnya kefahaman dan arahan daripada Kementerian Pendidikan juga merupakan kekangan dalam pelaksanaan. Secara keseluruhannya, walaupun blueprint telah menyarankan penaksiran autentik yang sesuai dengan perkembangan kanak-kanak, namun guru masih belum melaksanakan sepenuhnya akibat beberapa kekangan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectTeachers -- Indonesia -- Aceh
dc.subjectEducation -- Indonesia -- Aceh
dc.subjectEarly childhood education
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleAmalan penaksiran autentik dalam kalangan guru pendidikan awal kanak-kanak di Aceh Utara
dc.typetheses
dc.format.pages106
dc.identifier.callnoLB2832.4.I5A533 2018 tesis
dc.identifier.barcode004331(2019)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_113716+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
8.91 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.