Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459945
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nor Aishah Buang, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Afri Yordan (P73787) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:35:24Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:35:24Z | - |
dc.date.issued | 2018-02-05 | |
dc.identifier.other | ukmvital:113710 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459945 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan memeriksa tahap daya saing global dan pembangunan diri dalam kalangan usahawan industri kraf tangan Aceh. Terdapat beberapa faktor yang turut dikaji iaitu latar belakang pendidikan, tahap kemahiran pekerja, jenis industri, kawasan pasaran dan kaedah penjualan produk. Kajian ini dijalankan ke atas 155 orang usahawan kraf tangan di Aceh yang telah menjalankan perniagaan lebih dari tiga tahun. Pengumpulan data dilakukan dengan mengedar soal selidik yang terbahagi kepada enam bahagian iaitu profil usahawan, profil perniagaan, sokongan perniagaan, pasaran perniagaan, penggunaan teknologi, inovasi produk dan pembangunan diri usahawan. Instrumen dan soal selidik yang di adaptasi daripada Nor Aishah (2009) telah digunakan. Manakala enam orang peserta kajian ditemu bual untuk memperjelas dan menyokong fenomena yang dikenalpasti dalam pendekatan kuantitatif. Kajian ini turut melihat sama ada tahap daya saing dan tahap pembangunan diri usahawan mempunyai hubungan yang positif kepada usahawan. Keputusan analisis deskriptif mendapati min tahap daya saing usahawan kraf tangan berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.46). Analisis Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang positif tapi sederhana kuat di antara tahap daya saing dan pembangunan diri usahawan kraf tangan dengan nilai (r=0.443). Hasil keputusan ujian ANOVA sehala menunjukkan terdapat dua perbezaan yang signifikan iaitu di antara jenis industri dengan tahap daya saing [F(2,152)=0.042, p<0.05] dan kaedah penjualan dengan tahap daya saing [F(2,152)=6.754, p<0.05]. Manakala hanya terdapat satu perbezaan yang signifikan di antara jenis industri dengan tahap pembangunan diri [F(2,152)=5.933, p<0.05]. Beberapa implikasi dan cadangan kajian telah dikemukakan bagi kajian pada masa akan datang, terutamanya kepada institusi, para pengkaji dan usahawan kraf tangan Aceh untuk lebih berdaya saing dan meningkatkan prestasi perniagaan di tingkat global. Dalam konteks ini, tahap daya saing dan tahap pembangunan diri perlu dirancang dengan baik bagi membolehkan usahawan berjaya yang mampu berdaya saing diperingkat global.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Small business -- Indonesia -- Aceh | |
dc.subject | Industries -- Indonesia -- Aceh | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Tahap daya saing global dan tahap pembangunan diri dalam kalangan usahawan industri kraf tangan Aceh | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 178 | |
dc.identifier.callno | HD2346.I62Y647 2018 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004325(2019) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_113710+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 823.6 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.