Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459944
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd. Hanafi Mohd. Yasin, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Nurulhuda Mohamed Nor (P88323) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:35:23Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:35:23Z | - |
dc.date.issued | 2019-07-08 | |
dc.identifier.other | ukmvital:110807 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459944 | - |
dc.description | Program transisi kerjaya merupakan program yang dilaksanakan bagi menyediakan murid berkeperluan khas (MBK) untuk menghadapi alam pekerjaan. Ibu bapa adalah merupakan antara faktor penyumbang kepada kejayaan pelaksanaan transisi kerjaya MBK. Kajian berbentuk tinjauan ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap penglibatan ibu bapa MBK dalam pelaksanaan program transisi kerjaya di sekolah. Kajian ini menggunakan sepenuhnya intsrumen soal selidik 48 item berskala Likert lima poin. Instrumen soal selidik ini dibina berasaskan enam elemen Model Penglibatan Ibu bapa Epstein iaitu i) keibubapaan, ii) komunikasi, iii) membuat keputusan, iv) pembelajaran di rumah, v) kolaborasi dengan komuniti dan vi) bantuan sukarela. Kajian ini melibatkan seramai 186 orang responden yang terdiri daripada ibu bapa MBK yang sedang menjalani program transisi kerjaya di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) tiga buah daerah di negeri Selangor. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penglibatan ibu bapa adalah sederhana tinggi dalam keenam-enam elemen penglibatan yang dikaji iaitu elemen yang mencatatkan skor min tertinggi ialah bantuan sukarela (min=3.81, sp=0.488) diikuti dengan pembelajaran di rumah (min=3.77, sp=0.543), komunikasi (min=3.71, sp=0.552), kolaborasi dengan komuniti (min=3.71, sp=0.583), keibubapaan (min=3.61, sp=0.602) dan membuat keputusan (min=3.57, sp=0.609). Analisis bukan parametrik korelasi Spearman telah dijalankan bagi menguji hubungan antara tahap pendidikan dan taraf sosioekonomi ibu bapa terhadap tahap penglibatan mereka dalam pelaksanaan transisi kerjaya di sekolah. Justeru adalah didapati bahawa tahap pendidikan dan taraf sosioekonomi ibu bapa tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap penglibatan mereka dalam keenam-enam elemen penglibatan tersebut. Dapatan sokongan daripada temu bual yang telah dijalankan terhadap 3 orang Penolong Kanan Pendidikan Khas dan 2 orang ibu MBK didapati menyokong dan memberi penjelasan yang lebih mendalam terhadap dapatan soal selidik tersebut. Justeru, dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada pihak pembuat dasar bagi meningkatkan tahap penglibatan ibu bapa dalam konteks perancangan dan pelaksanaan kesediaan MBK ke alam kerjaya. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan untuk meningkatkan kemahiran advokasi dan kesedaran tentang pentingnya peranan mereka dalam pelaksanaan program transisi kerjaya murid berkeperluan khas pembelajaran.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Pekerjaan | |
dc.subject | Kerjaya | |
dc.subject | Murid Berkeperluan Khas | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Tahap penglibatan ibu bapa dalam pelaksanaan program transisi kerjaya murid berkeperluan khas pembelajaran | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 171 | |
dc.identifier.barcode | 004172(2019) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_110807+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.51 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.